#DariDapurCikHA : Moist chocolate cake


Hi.

Malam ni nak share sikit tentang resepi CAKE MOIST CHOCOLATE. Act, memang dah ramai reti buat kek ni. Tapi ini hanya perkongsian je ;)




* esen vanila tiada sebab dia taknak selfie. huhuhh
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK


BAHAN A

1. Telur 3 biji
 2. Gula biasa 1 cawan-dikisar- (Gula kastor pun boleh)
3. Esen vanila 1 sudu

BAHAN B

1. Tepung 1 cawan setengah
2. Serbuk koko 1 cawan (kurangkan sikit nanti kek jadi pahit)
3. Serbuk penaik  2 sudu (1 sudu pun boleh tapi tak menaik sangat la)
4. Sebuk bikarbonat 1 cawan
{DIAYAKKAN}

BAHAN C

1. Susu pekat manis 1 cawan (susu cair pun boleh tapi tak berapa sedap)
2. Minyak 1 cawan
3. Air panas 1 cawan


BAHAN D ( TOPPING)

1. Sedikit susu pekat
2. 1 sudu marjerin
3. Coklat masakan (dikopekkan)


CARA-CARA
Ayak kesemua BAHAN B. Dan ia menjadi begini. Ketepikan dahulu
Masukkan telur dan gula. Pukul sehingga kembang


Berhenti seketika dan masukkan esen vanila. Pukul sampai kembang



Okey. Sudah kembang. Agak 15 minit pukul kembang macam ni lah hehe



Masukkan bahan yang diayakkan tadi sedikit demi sedikit. Pastikan kalau guna mixer tu perlahan ea.



Nahh ini hasilnyaaaaaaaa..



Then, masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati


Dah sebati masukkan minyak pulak. Pukul pukul pastu





Masukkan air panas pulak dan pukul la ea yer.



Beginilah akhirnya.


Letakkan lah dalam bekas. Kalau nak bakar guna loyang je. 



Ni guna kukus. Kalau guna bakar dalam sejam. Suhu dalam 155'c. Pastikan alert ea. Sebab airnya akan mengering



Sudah siap! Oh sebelum tu topping



Masukkan semua bahan. Dan kacau sampai cair. Hmmm



Bila sudah siap, sapukan atas kek tadi. Nak lebih lawa tambahkan coklat rice.Hokay udah lawa kek kita ini


#officialphoto 
#harapkorangbuatlah

Bye!

Kenali Kewujudan Makhluk Halus Dalam Badan

Hi.





Dalam perubatan Islam terdapat 4 cabang seperti sihir, saka, santau dan susuk. Kewujudan makhluk di dalam badan dapat dikenali berdasarkan gejala atau simptom berikut ;



GEJALA KETIKA TIDUR

1. Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah.
2. Mimpi bertemu paderi.
3. Mimpi melujat salib dan gereja.
4. Mimpi barada di tempat sunyi
5. Mimpi jauh daripada temat tinggi.
6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur
7. Berdiri dan berjalan ketika tidur.
8. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
9. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
10. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.




GEJALA KETIKA JAGA
1. Emosional dan terlalu sensitif.
2. Mudah marah dan panas baran.
3, Sentiasa mengantuk terutamanya pada majlis ilmu.
4. Sering lesu dan malas.
5. Selalu lalai daripada mengigati Allah SWT.
6. Lenguh pada sendi-ii utaman.
7. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
8. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motiavasi untuk meneruskan kehidupan.
9. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
10. Sentiasa sakit di belakang terutama tulang belakang.




JENIS-JENIS GANGGUAN
1. Gangguan sepenuhnya seluruh badan dan jasad
2. Gangguan sebahagian anggota.
3. Gangguan berpanjangan.
4. Gangguan sejenak



#dalam perubatan islam, hanya Al-Quran sahaja yang menjadi syifa yang terhebat dan tidak tolak bandingnya.


Sumber : Ustaz Sharhan Shafie, Majalah Aisyah.




Tips : Siap Kerja tepat pada masa

Hi.

Harini nak story pasal (tengok title). Sebab selalu sangat tanggukan masa sampai naik malas nak buat. Ini kita bagi tipsnya yaa..


1.DAPATKAN MAKLUMAT
  • Anda harus timbulkan perbagai persoalan apabila diamanahkan sesuatu kerja. contohnya, adakah anda pasti dengan apa yang anda perlu lakukan? Bagaimana projek seharusnya dikendalikan? Bilakah projek itu akan diselesaikan? Jika kerja yang diberikan itu ketika majikan anda dalam keadaan tergesa-gesa, kemungkinan makluma disampaikan tidak lengakap. Jadi sebelum memulakan projek tersebut pastikan ada benar-ii tahu apa yang anda lakukan. Sekiranya tidak jelas, dapatkan keterangan lanjut daripada majikan sebelum memulakan projek tersebut.

2. JANGAN SEGAN MINTA BANTUAN
  • Buka mudah melakukan sesuatu pekerjaan seorang diri dalam waktu terhad. Bantuan daripada orang lain atau rakan-ii sekerja boleh melicinkan pelaksaan tugas mengikut jadual. Dengan semangat kerja berpasukan segala-galanya akan menjadi mudah.

3. GUNA RUJUKAN REKOD LALU
  • Jika anda diarahkan menyiapkan projek yang sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini, sudah pasti ia mepunyai rekod yang terdahulu. Anda boleh membuat rujukan berdasarkan rekod lama. Ini juga cabaran buat anda menghasiklan tugasan yang lebih baik lagi.

4. MINTA NASIHAT PAKAR
  • Sekiranya projek yang sama pernah dikendalikan oleh seseorang, minta nasihat daripada orang tersebut. Nasihat yang diberikan memudahkan anda merancang dan tahu selok-belok kerja yang patut anda lakukan. Kebarangkalian anda dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh singkat berlandaskan panduan dan strategi yang diberikan.


5. PERIKSA KERJA BERULANG KALI
  • Menekan pekerja menyiapkan kerja boleh mebuatkan banyak kesilapan yang akan berlaku Anda perlu sering kali memeriksa perlaksaan projek luar jangkaan terutama pasa saat-ii akhir. Tindakan memeriksa dan mengulang periksa tidak rugi kerana ia dapat menjamin perlaksaan tugas itu dilakukan mengikut objektif.

Harap bermanfaat ya.

Bye!