#DariDapurCikHA : Moist chocolate cake

11:47


Hi.

Malam ni nak share sikit tentang resepi CAKE MOIST CHOCOLATE. Act, memang dah ramai reti buat kek ni. Tapi ini hanya perkongsian je ;)




* esen vanila tiada sebab dia taknak selfie. huhuhh
BAHAN-BAHAN UNTUK KEK


BAHAN A

1. Telur 3 biji
 2. Gula biasa 1 cawan-dikisar- (Gula kastor pun boleh)
3. Esen vanila 1 sudu

BAHAN B

1. Tepung 1 cawan setengah
2. Serbuk koko 1 cawan (kurangkan sikit nanti kek jadi pahit)
3. Serbuk penaik  2 sudu (1 sudu pun boleh tapi tak menaik sangat la)
4. Sebuk bikarbonat 1 cawan
{DIAYAKKAN}

BAHAN C

1. Susu pekat manis 1 cawan (susu cair pun boleh tapi tak berapa sedap)
2. Minyak 1 cawan
3. Air panas 1 cawan


BAHAN D ( TOPPING)

1. Sedikit susu pekat
2. 1 sudu marjerin
3. Coklat masakan (dikopekkan)


CARA-CARA
Ayak kesemua BAHAN B. Dan ia menjadi begini. Ketepikan dahulu
Masukkan telur dan gula. Pukul sehingga kembang


Berhenti seketika dan masukkan esen vanila. Pukul sampai kembang



Okey. Sudah kembang. Agak 15 minit pukul kembang macam ni lah hehe



Masukkan bahan yang diayakkan tadi sedikit demi sedikit. Pastikan kalau guna mixer tu perlahan ea.



Nahh ini hasilnyaaaaaaaa..



Then, masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati


Dah sebati masukkan minyak pulak. Pukul pukul pastu





Masukkan air panas pulak dan pukul la ea yer.



Beginilah akhirnya.


Letakkan lah dalam bekas. Kalau nak bakar guna loyang je. 



Ni guna kukus. Kalau guna bakar dalam sejam. Suhu dalam 155'c. Pastikan alert ea. Sebab airnya akan mengering



Sudah siap! Oh sebelum tu topping



Masukkan semua bahan. Dan kacau sampai cair. Hmmm



Bila sudah siap, sapukan atas kek tadi. Nak lebih lawa tambahkan coklat rice.Hokay udah lawa kek kita ini


#officialphoto 
#harapkorangbuatlah

Bye!

You Might Also Like

3 comments

Thanks you for reading and comment