365 of 365 Bye #2015

23:07

Assamualaikum  , Haiiiiiii  !!

2015 hampir melabuhkan tirai. Ya Allah sekejapnya masa berlalu. Inilah entry terakhir yang ziqah dapat kongsikan kepada pembaca-ii semua bagi tahun ni. Tahun 2015 banyak menyimpan memori suka dan duka yang sukar untuk dilupakan. Rasanya baru tahun ni kot matang sikit. Sikit je k. Tahun depan dah 17 tahun. Seniour gaisss walaupun perangai serupa junior. Kehkehkeh. Ziqah share sikit pasal tahun 2015 ni.

Berani dan Tabah
 Tahun ni adalah tahun tabah/berani ziqah tauu. Sebab apa?? Ziqah ni lembik orangnya. Pergi kem sikit dah demam. So, masa form 1,2,3 memang tak pernah join mana-ii kem takut demam pulak nanti kan. Then tahun ni join lah kem. Lagipun ada sis jugak. Senang lah dia tengokkan ziqah. Alhamdulillah, stamina masa kat kem memang kuat la. . Abis kem pun tak demam demam. Paling best, night walk la. Buka jalan bergroup tapi sensorang. Dalam hutan pulak tuu. Masa tu fikir hanya keselamatan je. Takut tersalah pegang tali. Dah la tinggi tali tu. Nasib tak berjengket kaki. Dalam hutan tu bacalah surah sebab takut hehe. Mandi laut pun best jugak walaupun rasa macam nak lemas je. Hahaha tak reti berenang punya pasallh

Impian tercapai masuk kelas akaun
Tak sangka pulak ziqah terpilih dapat masuk kelas akaun. Walaupun Math masa PT3 tu hancur. Dari form 1 ziqah berniat nak masuk kelas yang ada akaun. Budak lain berpusu-pusu pilih sains tulen. Ziqah pilih akaun. Kisah pulak kan. Minat lah katakan. Sedihnya terpisah dengan geng-ii lama je.

Lawatan belajar
Bulan 9 haritu pergi la lawatan belajar dekat UKM, Bangi. Seriously, best giloss la.First time dapat merasa jadi budak u. Bila masuk dewan kuliahnya. Uhh heavennyya . Sejuk gilosss. Kakak-ii abang-ii fasi kat situ pun sporting. Bukan senang nak dapat.

No Exam Atas 10
Rasa first time bila sekolah menengah no exam atas 10. Alhamdulillah walaupun masa last exam hampir terjunam ke lembah bawah 10. Congratulations to me.  Masa form 5 top 3 ziqah impikan. Amiin.

Tahun aktif berblog
Yes. Ziqah tak tahu symptom apa entah meracau diri ini. Sekian lama tak berblog akhirnya pada Ogos sampai sekarang rajin berblog. Harap diteruskan lagi laa ye.


Pasal azam ziqah update pada tahun depan k. Sedih pulak nak tinggalkan tahun niii. Hm tisu tisu siniii. 

Umur semakin meningkat, ajal semakin menghampiri


Wassalam, bye


You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment