Jogging Day

18:15

Assamualaikum & hii!


Pagi tadi Ziqah dengan sis pergi joging selepas berkurun kurun lamanya tak jogging. Berkurun-kurun? yes. Last jogging masa bulan 8 haritu. Lama bukan? Lagipun, nak sihatkan badan ni. Asyik, terperuk je dalam rumah je. Bosan jugak kan. Jogging bagi kakak ziqah means nak buang lemak. Maklumlah, dia chubby sikit. Hahaha. Sebenarnya, cuti ni memang banyak kali rancang nak jogging dengan sis. Tapi, ada masalah mata sikit. Asyik mengantuk je. Rancang hanya tinggal rancang je. Then semalam, dia kata "esok confirm jogging ye". K k k

Bila dah pagi esok, alamakkk malas gila nak pergi jogging. Buat-buat tidur balik ahh. Bila dia habis solat. "dik, bangun kau janji nak pergi jogging". Dalam hati "padahal dia yang rancang". Hampehhh betul laa. Ayah kata pun "pergi jogging sana, cergaskan badan sikit". Ok. 

Selepas tu, pergi la jogging. Jogging dekat taman perumahan je. Nak jogging dekat dataran, em tu bukan jogging nanti, tu berjalan-jalan naik motor sambil menghirup udara segar. Jogging kat bukit. Berapa kali entah, naik turun bukit. Wuu best laa. Malangnya, 5atau 10 minit kemudian rasa pancit je. Aduhhh dah tak larat gila laa. Kakak kata "jogging laa lagi" . Hmm jogging laaa lagii kan. Lagipun, sebelum berjogging ziqah just minum air je. Kalau tak serapan pun, tak penat la kalau jogging. Sebab dah biasa. Dulu merentas desa pun bukan serapan pun, main hentam keromo je lari. 5 KM lagi. Tapi tak tahulah, kali ni jogging rasa macam penat plus nak mual jee. Bila dah tak larat sangat, duduk je la kat taman, sambil main buaian. Kehkehkeh. Ditambah lagi dengan kaki yang melecet. Alaaa comel je dia punya melecet. 

Balik rumah terus berehat laa kan. Berehat? Hahaha buat kerja rumah dulu laahh. Adussshh. Penat nii disorokkan untuk sebentar. Dah habis mengemas, tak payah la nak cakap apa. Hehehe. Penat pun terasa lagi. Mood nak study memang dah kelaut laa. Esok jela kita  hadap buku Harini layan lappy je k. 

Bersedia untuk esok hari, kesakitan kaki akan terasa.

Sampai di sini saja

Wassalam & bye!!

You Might Also Like

4 comments

  1. mcm best je jogging. sbb sya x suka benda yg lari2. suka senaman biasa2 je

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, header dah siap repair..maaf lambat

    http://i.imgur.com/yI25Ymt.png

    ReplyDelete
  3. saya selalu lepas joging pi pekena roti canai. hahahha

    ReplyDelete
  4. Baguslah jogging.. sehat kot

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment