Senior Year 2k16

23:34

Assamulaikum,hii gaiss




Lagi beberapa hari je lagi akan melangkah ke tahun 2016. Seriously, rasa sekejap je masa. Tak sangka tahun depan jadi senior year. Ingat lagi masa tabika, cikgu tulis nama aku dekat papan hitam. “HAZIQAH” Maklumlah, masa 5 tahun bukan reti pun menulis membaca.Lagi yang aku ingat? Oh masa first day aku masuk darjah 1. Dah la datang lambat, orang dah beratur, then kita main masuk depan je. Memang la kita ni pendek.  Mak-mak, bapak-bapak onghang kat belakang semua tengok gelagat anaknya termasuk mak sendiri. Muehehe. Bila nak masuk kelas, budak belakang tegur. Rasa masa tu, wahh ada kawan laa.

Bila belajar tak ingat, kenangan boleh ingat. Hahaha.


Tahun depan rasanya nak tuisyen luar  je. That’s why ramai yang kata “kalau tuisyen , senang masuk, result gempak” entah la hipotesis boleh dipakai atau tidak. IDK. Sebab aku tak pernah pun pergi tuisyen luar. Kalau ada pun, tuisyen dekat taman perumahan. Tapi tu masa darjah1. 9 tahun berlalu ye. Tuisyen dekat sekolah pun rasanya sama je bagi aku. Entahlaa. Maybe dekat tuisyen luar, pengajarnya guna taktik lain yang berkesan kot, IDK laa. Tapi tuisyen luar mana ada yang siang punya version. Semua malam kan. Nak suruh parent hantar tak tahu boleh ke tidak. Lagipun jauh. Huhuhu. Inshaallah akan diusahakan nanti. Aku ni bukannya pandai sangat pun. Plus lemah dalam addmath dengan BI. Tulis essay pun dah half daripada markah sebenar. So, aku nak tuisyen laa. Manatahu aku tuisyen terus terror addmath dengan BI. kahkahkah. Cikgu dengan kawan pun terkejut tauu

Sambungan cerita.... aku cakap dekat mak kalau belajar berkumpulan confirm, otak tak masuk. Melainkan belajar berkumpulan dekat orang yang betul-ii nak belajar. Nanti bukan bergosip pasal belajar, pergi bergosip pasal bf la, kata orang laa. Mak aku suggest belajar dengan kawan yang duduk dekat dengan rumah. Lagipun, kawan aku tu pandai orangnya. Inshaallah nanti aku tanya dia. Hihihi

Maybe tahun depan aku jarang on blog. *jangan janji melayu sudah. Kalau on pun masa hari khamis, jumaat, sabtu. Hmm. Nanti rindu la kat belog niii. Kalau ditakdirkan result STPM kakak aku ok plus dapat masuk universiti tahun depan *Inshaallah Amiin., Alamatnya, memang tak boleh on laa kan. Dia cuti je boleh bukak. Huhu sedih bukan. Itulah bulan 12 ni asyik hadap belog je. Nanti hadap buku pulak kan. *haha sangat. Kalau malas nak hadap belog, aku delete la nanti *woii janganlahh

Sampai di sini sahaja. Dan ku harap agar senior year menjadi kenangan yang thorindah. Cehh macam cinta je. Kihkih. 

Wassalam, bye

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment