#SiapaAku? SEGMEN 2015 Kalia

23:33

Assamualaikum, hii gaiss

Harini join segmen ni pulakk


Click banner untuk joinn



Di sinii lahirnya sebuah cerita


Nama ku dimulakan dengan tiga perkataan iaitu Nur Haziqah Aliah. Orang panggil Haziqah atau Ziqah. Aliah? Maybe takde kot. Kalau ada pun masa sekolah rendah dan kawan belog aku. Tu la aku letak url blog dengan nama Lyya. Nak panggil aku Haziqah atau Aliah pun boleh. Tapi hanya family aku sorang je boleh panggil aku “adik” sebab aku anak bongsu.  Tapi tak manja laa ye. Berumur  16 tahun dan akan ke angka 17 pada tahun hadapan. Sory, bulan 4 baru 17. Merupakan anak jati Johor.  Dari lahir sampai sekarang stay kat sini begitu jugak dengan tempat tinggal. Lama bukan? 

Sudah hampir 11 tahun aku bersekolah. Tahun depan last year lah. Senior sekolah. Dekat sekolah aku merupakan pengawas perpustakaan. Entah kenapa aku minat sangat dengan pustakawan tu. Sejak darjah 3 dah jadi. Maybe aku ni ulat buku tu yang cikgu pilih. Budak junior kalau tak kenal aku memang anggap aku seumur dengannya. Sebab aku ni pendek. Tapi  takpe, comel apabila dipandang. Cehh perasan amat. Kawan takdelah ramai sangat pun. Siapa yang ikhlas berkawan, aku kawan. Siapa yang suka escape perangai aku, entahlah. Susah nak percaya. Betul kata orang makin besar, makin hilang kawan. Masa susah cari. Masa senang tinggalkan. Merupakan student aliran akaun. Insyaallah, suatu hari nanti akauntan atau cikgu merupakan pekerjaan aku. Amiin. Sangat minat math punya pasallah.

Perwatakan aku susah untuk dijangka. Sebab ada masa aku memang gembira macam gila. Sedih memang sedih gila. Bukan drama air mata ye. Plus, kalau aku sedih, memang aku ngap coklat dengan capat.  First aku tak percayalah yang orang kata kalau sedih, stress makan je coklat. But now, hipotesis diterima.   Suka buat lawak. Tapi kekadang hambar la jugak. Tapi takpe, menggembirakan orang pun dah cukup. Budak yang suka buat kek coklat. Kalau bahan semua ada, memang akan buat lah. Alhamdulillah setakat ni not bad la buat kek coklat. Lagi? Aku suka ambil gambar kucing. Dah la comel .

Tak ramai kawan blogger tahu yang aku ni hampir 4 tahun berbelog. Sebab masa first aku join dunia belog ni aku rasa suram. Ada ke nak baca aku punya entry?? Pelbagai persoalan dibenakku. Bila rasa bosan, aku delete. Now, aku berbelog balik. Itu lah followers aku masih ciput lagii. K. Masih hijau lagi dalam dunia blog. Sampai di sini saja la ye. Harap kau kenal la SIAPA AKU

Im Here!!


Wassalam,bye


You Might Also Like

2 comments

  1. Assalamualaikum, salam ukhuwah daripada akak, dari segmen yang sama.. =D

    ReplyDelete
  2. congratulation win!

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/tahniah-tahniah-tahniah-from-kalia.html

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment