Wordless #4 : Nama Dan Maksud ?

Assalamualaikum, hi gaiss



Betul ke nama seseorang membawa seribu makna yang mendalam? Betul ke nama seseorang itu membawa maksud personaliti seseorang itu? 


Here We Go !


Namaku N,Haziqahhhaliaahhhhh!!


# Beautiful ? idk tak pasti. Nanti perasan pula.
# Good attitude, smart, clever ? sometimes je kot. Kalau malas, memang malas. ehehe
#Easy for in love ? Tak tak tak. Cehh 😓
# Ex ? not yet . Fakta mengarut !!
#Good Mathematics? Bolehlah. ehehe


#Fun Girl ? Yesss. Suka sangat buat lawak even HAMBAR sebenarnya.
#Become herself ? yesss. Tak payah nak fake sangat kan
#Like a depressed friend ? Sometimes jeeeee



#No 6 agak lari sikit faktanya. 'High' . Memang maksudnya tinggi Aliah tu. Tapi aku ni 'pendek' je. Kalau tinggi budi bahasa tu memang yer kot. ehehe. i gurau je


#attitude makes her such a keeper !!! yeahhhh


#always knows how to make someone smile ? hehe. ni memang kerjaku membuatkan orang happy. 
#apsal dari tadi 'beautiful' 'cute' girl laaa .. 


Time whatsapp dengan kawan, ziqah send la dengan dia tentang nama dan maksud tersiratnya. bukan send semua pun dengan dia. Just gambar (1) dengan (last) tu je. Banyak sangat nanti menyemak pulak. Ziqah pun ada juga cari namanya. Kang merajuk pulak nanti.

So, some review from her . . .. . . . 









Dia tahu semuanyaaaaaaaaaaa. . .. . . Nasib tak mention bab bab "cute" girl. Legaaaa sikit


Sumber oleh urbandictionary.com


Wassalam, bye !!

Giveaway Topup Percuma by Atiqah Najihah



CLICK BANNER IF YOU WANNA JOIN !!!

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualaikum, haiii



CLICK BANNER IF YOU WANNA JOIN !!!

Tarikh Mula : 1/12/2016
Tarikh Tamat : Akan dimaklumkan.

Pengalaman Shopping Di Zalora

Assalamualaikum, haii loveliess


 First time buka laman web ni. Dah macam rusa masuk kampung laa bila buka Zalora. Gila banyak pilihan. 2 jam setengah layan zalora. Nak beli barang yang ada diskaun tapi voucher tu tak disabled pula. Pilihlah yang mana-ii. Bila dah pilih barang nak beli tu, isi la detail. Then, sampai masa isi pembayaran. Seriously, aku taktahu nak tekan apa. Sebab ni voucher. Pastu, ada satu kotak “CardGift”, aku tekan laa. Ehh betul pulak. Isi lah code voucher tuu. Then, berjaya laaa pembelian aku tuuu.

Dua hari kemudian, aku terima mesej daripada GDex Express, sebab Zalora guna perkhidmatan Gdex tu. “Barang anda sudah sampai… blablabla. Sila ambil di blablabla…” Mati-matian dia delivery sampai ke rumah. Sampai petang tu sanggup cancel dengan kawan nak buat kerja kursus dekat rumah aku. HAHAHAHA. Sanggup whatsapps akak suruh balik dari rumah. Last-ii dia kata esok. Hmmm. Nak pergi ambil barang, tahu jenis badan kecik, nak ambil lesen, kaki tak lepas. Tapi aii pandai bawak motor k. HEHEHH. Mak kata “takpayah la ambil, kalau boom dalam dia tu macam mana” Haii mak niii statement tuuu.


Keesokkan harinya, barulah ambil. Ni diaaa. Jangan cakap hakak tak belanja gambar

Belum apa-ii lagi, Akak dah buka. exsited betul

Bilnya.  Guna RM 94 . yang lagi RM 6 hangusss. HAHAHAAHAH

Kalau tersalah hantar ke, boleh return balik dekat Zalora.



Sebab tak tahu nak beli apa. So, decide nak beli jam. Entahlah kenapa pilih jam. Lawa kot. Besar pula tu, longgar naaa.(tengah). Harganya RM 35. Dalam gambar dekat Zalora, tak berapa lawa sangat jam tu. Bila dapat, cantik pula. Effect kemera biasalah.  Kiri tu jam akak. Saja nak ikut posing sekali. Kanan pula, jam aku juga. Nak tahu saiz tangan, tengok jam tu lama-lama. HAHAHA




2nd pilihan ku. Cardigan. Sebab aku tak tahu nak cari cardigan dekat mana. Sebab bila nak pergi mana-ii cardigan penting. Selama ni, pakai sweater je kalau nak pergi kedai (di belakang). Bosan juga. So, now Cardigan la. Boleh pakai pergi tuisyen yeayyy. Harga RM 59. Saiz S. Warna, wine. Ok, tanda harga tak cabut lagi. Siap bagi peringatan lagi suruh jaganya dengan baik.


Harap dapat lagilah macam nii...hehehhehe


Wassalam, bye










Cara Memilih Sunglasses yang Betul


Hampir semua bersetuju bahawa cermin mata hitam ataupun sunglasses merupakan antara aksesori yang paling penting bagi semua individu, baik wanita atau lelaki. Ianya adalah antara aksesori fesyen yang paling mudah untuk digayakan malah mampu membuatkan penampilan seseorang yang ringkas menjadi lebih glamor. Selain berfungsi sebagai aksesori, sunglasses ini juga bertindak dengan memberikan perlindungan kepada kesua mata anda daripada sinar UV yang berbahaya. Well, sebelum anda memilih cermin mata hitam anda harus tahu how to pick the best sunglasses for women.
Berikut merupakan beberapa langkah yang harus anda ikuti;

Langkah yang terpenting adalah dengan mengenalpasti terlebih dahulu apakah bantuk muka anda. Adakah anda mempunyai bentuk muka yang bulat, atau bersegi atau berbentuk hati?


Daripada langkah yang pertama itu anda akan tahu how to choose the right sunglasses for your face shape. Ini sangat penting kerana cermin mata yang tidak bersesuaian akan menjejaskan the whole look.

Ikuti panduan seperti di atas untuk mengetahui apakah bentuk muka anda.



Setelah mengetahui apakah betuk muka anda yang besar, ketahui pula apakah style atau rekaan yang anda gemari. Lihat gambar di atas untuk rekaan-rekaan atau jenis bingkai kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk muka anda. Remember to always pick the best one for you untuk gaya yang lebih menyerlah!

Wordless #2 : Imbang Ke Tidak?



Siapa student akaun?!! yeahhh kita geng

Ni kalau exam Isnin nanti, kalau imbang, memang satu hari tu aku senyum memanjang. kalau boleh, menjerit kesukaan dalam dewan. Bukan selalu nak imbang nii. Dalam kelas, imbang. Dalam exam, ? huru hara.

Betul tak student akaun?

Sambutan Hari Guru 2k16

Assalamualaikum, haii loveliess

Apa khabar warga blogger blogger ku sekalian?? Sudah lama ku mendiamkan diri cehh. Harini je ada masa nak update sebab ponteng sekolah. Ada sebab tertentu harini holiday. Lagipun, harini tiada paper. So, kalau duduk sekolah bosan. Dah la esok bengkel akaun dari pukul 7.30 sampai 2.40. ehh mereput ahhh

Untuk entry kali ini, nak ucapkanlah SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru. Especially, guru yang mengajar aku sejak 5 tahun sampai sekarang (Tabika Taman Intan, SK Sawah Dato', SA Sawah Dato', SMK Mersing). Tema untuk hari guru pada tahun ini ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". 



banner kurengg santek, hihihi


Tahun ni la paling best sambutannya dan kurang hambar lah dari tahun-ii lepasnya, sebab tema hari guru sekolah aku adalah BACK TO SCHOOL. So, semua cikgu dikehendaki memakai baju sekolah. Seriously, memang comel dan handsome la cikgu semalam. Sampai tak boleh bezakan ni cikgu ke pelajar.. 




Sebagai PSS, aku ditugaskan untuk mengiring cikgu-ii untuk masuk ke kelas.Setiap PSS, Pengawas, Budak Asrama memilih seorang guru. Aku memilih Cikgu Mardiana, k tu cikgu BI. Sebab cikgu ni memang sporting habislahh. Hahahaha... Sebelum itu, cikgu berjalan-jalan sekitar bandar naik bas sekolah. Bila dah sampai sekolah, kami pulak yang iring diaa. Huhuhu


Selepas cikgu nyanyi, ikrar, pengetua bagi ucapan. kami menonton zapin dari cikgu-ii. Ingatkan cikgu tak reti berzapin. Setahu aku, just Cikgu Azhar je pandai berzapin. Annahhh kauu cikgu Cha, cikgu Ira, Cikgu Nurizan turut zapin sekali. Then, ingatkan kawan aku nyanyi lagu zapin. Selidik punya selidik pentas, lahh cikgu Zila nyanyi rupanya. Gila merdu laahh.Macam Siti Nurhaliza Aku, Aina, Nisah, Ecah kat belakang bukan main suka tepuk tangan. Kahkahkah

Seterusnya, ada seorang kakak ni menyanyi. Ingatkan cikgu ke, pelajar rupanya kakak kantin. Lagu dia nyanyi aku tahu, cuma tajuk nya kurang tahuu.. Lahh, lagu lama yang ada lirik aduuuhh aduuuu duhhh dududuudud . Bila sampai part lirik tu semua jerit aduuuhh aduuuu duhhh dududuudud ...

Then, mempersembahkan cikgu Saiful and the Band, cikgu Zul, cikgu Rashdan . Tak lengkap kalau cikgu ni tak buat persembahan. Saban tahun ade jelah. Cikgu Saiful sebagai tukang piano. Cikgu Zul sebagai tukang gitar. Penyanyi? cikgu Rashdan laahh. Untuk tahun ni,cikgu Rashdan nyanyi lagu Potret. Bukan main kami, nyanyi saja. Hahhaha.

Lepastu, acara potong kek. Banyak gila kek semalam, Kelab PSS pun ada sponser 3kek tau. Sebenarnya sebelum balik semalam, ada buat perjumpaan nak bagi extra kek. Tapi, aku main balik je, Sakit aku dah tak tertahan. Nasib ada kakak kerja kat koop sekolah boleh roger nak guna handphone. Berbalik pada topik, Polis, ADUN, PASTI kawasan, Bank Rakyat sponser. Tu yang aku tahu, maybe ada lagii. Seriously, memang pesta kek la semalam.



Ni merupakan hadiah budak 5 Amanah kepada guru kelasnya, Cikgu Laila. Lagi satu, hadiah budak 5 Amanah kepada ex guru kelas masa form4, Cikgu Asmah. Lawa bukan?? Sorry u, i curi gambar ni kat wassap. Hehehe


Wahh banyaknya hadiah. Oh ini hadiah kakak aku yang jadi cikgu kat PASTI. Alhamdulillah rezeki dia. Sebelum dia balik, memang aku dah tunggu kat depan rumah. Sebab dah agak mesti banyak bawak balik hadiah. Ingatkan yang bagi semua nii budak 4tahun. Rupanya 5,6 tahun pun ada bagi. Pembantu memasak pun ada budak bagi tauuu. Untunglahhhh



Sampai di sini saja entry kali ini. Semoga bertemu di entry akan datang ..

Wassalam, byee :))

A Big Thank You!


Assalamualaikum, hai loveliess J

Kek tahun ni agak KEBUDAKKAN

Hehehe sementara cuti hujung minggu sudah bermula. Cehh padahal 2 hari saja. Nak share sedikitlah tentang moment-moment sepanjang satu hari birthday aku. Dalam kelukaan masa exam, ada ke”happy”an terselit disitu. Nampak tak??

Disinilah di belog ini lah aku nak ucapkan TERIMA KASIH kepada yang wish birthday.Tak kira la kawan alam maya ke, kawan alam realiti ke. Eh sorry gaiss, tak reply korang ye.. IBusy. Hehe. Kalau dekat whatsapp ofkus IReply
Aku ingatkan orang first yang wish birthday aku adalah FAMILY. Iyelah celik mata tengok muka diorang kan. Lgipun time tu waktu pagi, nak pergi sekolah.Dalam hati, “wei, tak ingat ke apa”. Manatahu ke sel-sel otak tak berhubung ke kehkehkeh. Then, time pergi sekolah. Mula-ii Aina dah datang. Pikir jugak “eh na nii tak ingat apa” Nak cakap depan-ii macam nak tarik perhatian je. Better diam sambil study sambil layan Biha dekat sebelah. Biha tak tahu birthday aku. Lagipun, time jumpa je berbual panjang. 
5 hingga 10 minit kemudian. Datang dah kakchah kitoooo. Datang terus peluk aku. Heh budak nii symptom ape tiba-tiba. Then, dia bisik “HAPPY BIRTHDAY”. Ya Allah memang aku terharu laaaaa. Seriusly, dalam lubuk hatiku yang sedalam-dalamnya. Ceh ayat puitis tuu. Lepas tu, Aina dekat sebelah pulak yang wish. Heh kak, kita dah berkawan genap 10tahun. Tunggu orang lain wish, baru nak wish?? Haha gurau saja. Masa darjah 3 rasanya, dia first yg wish.  Dalam hati rasa nak peluk diorang pun tapi agak-agak la ramai orang kot. 



original by kakchah. sape kate tak lawa tu buta gamaknyaa


Cerita bermula apabila cikgu Laila suruh aku baca penutup rumusan. Then, Kinah dekat sebelah cikgu kata “cikgu harini birthday dia la” ohyeke, selamat ulang tahun”. Geng PUNCHLINE *aku gelarkan sbb suka buat punchline dengan mimik muka sekali * tepuk tangan. Main benda

Paling terharu apabila 5 AMANAH’rians wish. masa time aku study bi dekat meja kakchah, tetiba pulak akak aton pergi nyanyi lagu hari jadi. Ingatkan tak ingat. Haha. Disebabkan dia, satu kelas nyanyi. Hehhh nasib tak merah muka aiiiii…………….. tauuu

Balik sekolah tengok conversation “SWAGGER GIRL” yang terdiri daripada bestfriends 3 kelas yang lain. So, kiranyan dekat sekolah aku ada 2 kelompok bestfriends. 1 kelas. 1 kelas lain. Nampak tak, betapa tak sombongnya aku. K. merepek hahh. Berbalik pada cerita, ofkus laa diorang wish walaupun aku reply dengan lewat sekali. Ayat deep sekali Syfqh la siap sayang dunia akhirat. Bestriends since form 1 until now. Gila tak sayang dia….

Waktu petang sikit time akak aku balik dari kerja. Dia bawak balik kek bersama KFC. Hehhh dah 17 thun masih buat celebrate. Alahh sekali dalam setahun je. Nasib semua dia yang payung makanan. Takpayah cakaplah, muatan perut penuh akibat KFC.

Hadiah?? akak dah bagi lebih awal kot. Huhu. Kawan? ada dah janji nak bagi. Tapi tak harap punn..

Prank? nasib tiada... kalau tak kakchah kate "nak simbah dengan air je, tapi lupa bawak air lebih, kalau kau nak aku simbah air mineral ni depan orang ramai" memang tak ahhh



Sebelum, mengakhiri entry, just want to say TQSM. I am very appreciate it!!

Wassalam, bye

Hey Birthday Girl Turns 17

Assalamualaikum, haii loveliess



"Pada jam 12.24 pm lahirlah seorang wanita yang bernama Nur Haziqah Aliah bertarikh 4 April 1999"


muka matang with speck
bila masa tah jadi rabun.

Alhamdulillah

Today is the DAYYYY

Im Turning 17!!!!!

Terima kasih Ya Allah kerana aku masih bernyawa selama 17 tahun di bumi ini.

Tak sangka dah tua rupanya aku. Hehehe. 

Semoga diri ini semakin matang, walaupun fizikal badan tak berapa matang. Hehehhe...

Tapii.. tahun nii tak best birthdaynya kerana time exam. Its okey Nevermind laaa

Agak-ii ada tak nak prank birthday??

Eh ada satu geng birthday tak birthday sama???

Hehehe
Harap ada kek la untuk tahun niii, bukan sahaja kek, tetapi HADIAHHH!!!!. Cehhh tak nak berharap laaa....


muka bebudak without speck

time berlakon haritu. Kami tak sama group ok. Budak tu group agresif. Budak lagi seorang group ayu. Ayuu apanya jadi mak nenek yang suara sedap. Jangan macam-ii putera raja sampai matii tau bila dengar suara mak nenek niii. hehehehwww



Wassalam, bye



#Video : Sekitar Kejohonan Balapan SMK Mersing

Assalamualaikum, haii

Pada hari khamis bersamaan 25 Feb. Sekolah aku mengadakan hari sukan. So, ini adalah video hari sukan. Heheh. Bukan aku yang rakam dan  buat semua nii. Nak tahu siapa?? Tengok video di bawah. WAJIB . 



Tahniah jugak kepada rumah sukan yang menang tuu. Rumah sukan aku tuuu. Hahahaa. Nak tahu pasukan warna apa? Tengok video di atas. WAJIB . Bangga weh walaupun tak masuk competition apa-ii. Tukang sorak pun boleh. Sebab tahun lepas kalah no 4!!. Now, tahun ni, kita menang oyeahh.

Tapi pada aku hambar sikit sebab tak gembira. Hahaha. Lagipun, time tu migrain, sakit mata. Masa penyampaian hadiah aku duduk dekat pasukan lain sebab geng rumah sukan, Syfqh tak datang. Kalau duduk dekat pasukan sendiri confirm laa happy kann. Ecah sebenarnya sama geng dengan aku, tapi aku merajuk dengan dia. Nak tahu Ecah mana satu orangnya? Lihat  ketua komander bomba. WAJIB Haaa. itulah orangnya.

Haa ada lagi kawan aku yang jadi komander PKBM. Bila korang tengok barisan hadapan PKBM tu pun kawan aku. Nak tahu mana satu orangnya. Tengok video di atas. WAJIB

Kenangan hari sukan terakhir pada tahun niii.. Miss this moment

GAIIISSSSS JANGAN LUPA TENGOK TAUUUU. RUGIIII KALAU UOLLS TAK TENGOK!!

NotaKaki # tak sabarnya 7/3 #RTSA

Wassalam, bye

Wordless #1 : Bisik



Tambahan lagi, dia tengah bisik sambil tengok muka kita. Hmm dah sah-ii mengata. Dahlaa buat muka tak bersalah. Ingat lawa kaaa??

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

Resepi : Biskut Roti

Assalamualaikum, haiii

Dah lama tak share pasal resepi kan. Sebab dah lama tak buat biskut, kek, kuih. hihiii. Ada masa je boleh buat laa. Btw, pernah makan tak biskut roti??  Dulu selalu ayah ziqah belikan. And now, tak payah nak beli, buat je. Jimat duit. Bahan pun senang

Bahan-bahan :

Roti
Marjerin
Gula
* boleh jugak ubah perisa  citarasa korang. hehe

Cara-cara
1. Sapukan marjerin dan gula di atas roti.
2. Potong roti itu kepada 4. Taknak pun takpe
3. Masukkan roti di dalam oven dalam suhu 170'c dalam masa 15 minit
4. Siap !!

Senang bukan? cuba jangan tak cuba ok!!


Wassalam, bye

Musuh Dalam Selimut


Assalamualaiakum, haii

"strangers on the comforter"

Siapakah ??

Jeng jeng jeng.....


Memandangkan ni musim panas aka el nino. Ziqah diserang demam. Tak jangkit sesiapa pun. Memang sakit sendiri. Biasanya ziqah adalah pembawa demam. kalau ziqah demam dulu family lain ikut. gituu.. Mula-ii demam kali ni disebabkan makan rojak. Dah la first time buat rojak, then makan terlampau banyak dan dari situ mulanya demam. Hari jumaat haritu dah demam. Tapi masa hari sabtu baru ok.  Padahal semalam memang dalam hati taknak pergi sekolah sebab demam. Tapi parents kata pergi je. Kalau teruk balik. Em sekolah jelah kann. Lagipun demam dah ok sikit. 

Masa kat sekolah, tengah beratur beli makanan. Then, syafiqah pergi cuit dan dia kata "lepas ni, kau pergi bilik kaunseling, ambik darah"  Ya Allah berapa banyak kali nak ambik darah. Dah la time demam nii. Heh dalam hati "apasal, aku pergi sekolah tadi. Kalau tak pergi confirm, tak kena" . Masa makan memang murung abislah mukaa..Makan pun tak habis. Sedih naaa. Pastu ziqah cakap dekat nurse tu yang my mum dah tak bagi ambil. Then, orang tu pergi call my mum. Em k, kejap boleh kejap tak boleh ambik. Terpaksa la kena ambik darah. Alhamdulillah, tak kena lagii. Tunda. Hari esok kita kenaa, Yeahhhhhh la sangat. Dan sebab nak kena ambik darah tu la demam datang balik. Panas betul... Maybe aura badan ni memahami diri ku inii. Sebab malas nak pergi kelas lepastu, pergi pejabat dengan alasan nak balik. Lagipun sekolah sampai pukul 4.30 pm. Memang kematu duduk dalam kelas kalau demam panas kan. Better balik. 

Ingatkan balik rumah, Alamakk, driver aka sis suruh pergi klinik. Tak tahu la kali terakhir pergi klinik ni bila, Entahlah bertahun-tahun kot tak pergi. Eh nak dekat sejam tunggu giliran. Padahal bukan ramai orang punn. 



Ni musuhnyaa. Seramai 4 orang

Panadol
Ubat Batuk
Ubat Selsema
Vitamin

Nasib kita ni bukan jenis takut nak telan ubat. Telan je la kan. Paling suka makan vitamin. Em tapi pahit pula. Ubat batuk klinik ofkus  tak sedap. Demi nak cepat sembuh kita telan je la.



 Ingatkan nak mintak seminggu, Tapi minta sehari jee. Hihihi. Btw, tulisan memang lawa laa. Kalau masa competition tulisan palin cantik, confirm menang. Dah dah. Esok sekolah k


Wassalam, bye

First Segmen : Mini Giveaway By Si Chubby

Assamualaikum, haii gaiisss


Harini join segmen daripada sis si chubby. uisshh makin chubby pipi tuu

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html


Nak Secret Gifts?? Join lerr segmen ni. Just tekan banner ni k

Nak join kena jawab soalan ni dulu k. 3 in 1 gituwww.
i) Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?

Ziqah jawab satu persatu k...

 Apa impian korang yang sebenarnya ?

~Impian kuuu pada tahun nii adalah CEMERLANG dalam SPM. Tu jee ghasenyaa Aku nak buktikan yang aku ni tak selemah diorang sangka. Tak selemah apa cikgu pandang aku selama ini. So, ini adalah satu satunya impian TERbesar aku. Bukan senang tau nak cemerlang SPM nii. Lagi-ii aku punya course 'bapak ahh' susah nak target especially ADDMATH. Sape yang LULUS tu memang 'havoc' lahh. Nujum nombor rasanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ke HANTUU nombor.. kehekeheheh.
~ Nak hilangkan pimple with s dekat muka. Aku tak tahu la nape pimples ni suka sangat usha muka akuu. lagi-ii pipi. . Ke kau crush dengan aku?? Since aku darjah 5 sampai sekarang tak berenti-henti kacau akuu. Poless laaaaaaaa. Sindrom pimples bulan Januari memang buatkan akuu streghhhsss, Nak selpie punn... k jangan cakap ahhh



apa usaha korang untuk mencapai impian tu ?

~Usaha?? Ofkos la bersungguh-sungguh. Tak lupa juga Relationship With Allah SWT kena jaga. Bukan tu sahaja, hubungan IbuBapa, Cikgu, pun sama. Inshaallah di diredhai olehNYA aminn. Hubungan dengan kawan? kena jugak gaiss. hehehe. Lagi usaha? Bertanya selagi tak faham atau tak dapat apa yang dipelajari. Alahh macam kau masa kecik laa nak benda yang kau nak then mak ayah kau tak bagii. Kau buat apa??? mesti merengek rengek nak kann. Hehhehe. Bila dah usaha, berdoa lah supaya apa yang dipelajari tu masuk terus dalam kepala. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudahlahhh. Then, bertawakallahh :)))
~Nak hilangkan pimples laah. Srsly, aku tak tahu nak guna produk apa nak hilangkan jerawat nii. Pakai timun, macam tak berkesan. Pakai safi anti jerawat?? aku pakai tapi MAKIN BANYAK dia bawak geng gengnya. TAPIIII Aku suggest nak beli serbuk kayu dekat ig. Ramai jugak laa feedback diaaa. Nanti i try la. Manatahu bila dah pakai diorang dah tak minat aku lagiiii. Nak selpie pun..... ok jee


Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?

~ Entahlahh aku tak boleh bayangkan kalau aku FAIL. Huwaaaaaa. Kalau fail, mesti parents membebelkan aku macam rumah nak runtuh maybe sebab aku harapan diorang. Kakak aku dah berjaya. Aku? mesti kena lebih kan. Ops lupa aku akan lakukan???maybe aku akan lebihkan usaha aku. Ataupun, menangis tak berlaguu???? huhuhuhu
~ Duhhh kalau tak tercapai nii tak tahu lah nak cakap apaaaa. Reda maybee hehe. Biarlah diaa bertapak punn. Ayat pasrah giniiiiiiii.. Maybe aku buat operation muka ni kot. hehehhe


K.. Ni adalah bebelan akuu untuk kali inii. Harap menarik laa. Taip selama 1 Jam setengah. Agak lama bukann


Wassalam, bye


Segmen Awak Orang Mana?

Assamualaikum, haiiii


click banner untuk join



Pilihan warna; Hitam, putih (sorry tak bagi code warna, link lembab hihi)
Asal; Yeszaaa sama dengan kak Rrai "Johorean". Cuma ziqah duduk di daerah Mersing. 
Image result for mersing, johor
Istimewa; IDK apa yang istimewa sangat dengan tempat ziqah . Haha. Kalau popular pun banyak kedai keropok. Srs, memang sedaplah keropok tu. Sebijik macam keropok Terengganu. HHehhe. Lagi? ramai pelancong luar negara yang melancong dekat sinii. Sebab Mersing popular jugak dengan Pulau-ii ni kan. Ada Pulau Sibu, Aur, Pemaggil dll. 


Wassalam, bye