Tired Day Ever!

21:21

Assamualaikum, haii gais

Seriusly, harini memang PENAT laa. Sebab? Harini Road Run. Road Run? Road Walk adalah kehkehekeh. Jangan ditanya gua nombor berapa k. Jangan tanya!! Ingatkan nak berlari dengan ecah, tapi dia.. ok dia kuat lari. Siap dapat nombor lagi.Nombor berapa tah, tak tanya pulak. So, lari dengan Mai jela. Dia tak kuat sangat. 

Acara pagi, ofkus laa berkumpul. Tak tahu la kenapa ramai geng masuk warna purple. Yes, i am a purple. Dulu guna merah, hijau, kuning, biru. And now guna purple, gold, pink, oren. Warna transformasi katakan. Ziqah, ecah, piqah sama. Bukan pilih sendiri tau, cikgu yang tentukan. Tak sangka jugak dapat sama. Sian member sorang lagi, tak sama.

Then, senamrobik. Tak puas hatinya budak perempuan kat depan, lelaki belakang.. Kalau belakang sangat takpe jugak. Ni tak dekat habis. Heehhh. Budak lelaki memang tak sporting langsung laa. Ada yang buat, ada tak buat. Budak perempuan seme bersemangat cehhh... Gaya hindustan la dibuatnyaaa.

Rasanya tahun ni merentas desa tak jauh sangat. Maybe 4km kot. Dulu berliku-liku jalan. Alhamdulillah tahun nii sikit je. Dari sekolah ke Kg, Makam ke Kg. Tanjung Genting ke sekolah. Budak lelaki sampai Kg. Tenglu. Tapii.... heh kuat lari. Nasib bukan orang terakhir sampai ke pintu pagar. Heheh. Dah sampai sekolah, Ya Allah penat sungguh. Keluarkan botol air besar warna ungu then minum laa. Nak pitam pun ada.. Memang tadi bawak vitamin. Alaa ubat masa demam tuu. Sebab dikhuatiri tak larat tu yang bawak. Bila dah makan tuu, rasa segar je..

Lepastu? ok. duduk dewan ada majlis Maulidur Rasul. 2 in 1 katakan. Nasib tak macam sekolah lain, berlari dan belajar. Memang masuk lagi belajar. Kawan yang tak lari dah tidur dalam dewan. Mula-ii nak tidur, tapi tak baik pulak kan, Majlis ilmu. Tapi srs mata tak mengantuk pun. Alhamdulillah. Lagipun masa ceramah, makan popcorn tu rasa tak mengantuk.

Dah abis ceramah, ofkus la makan. Fadeup jugak cari tempat. Sebab tempat tak banyak Perempuan dekat kantin, lelaki kat dewan. Sepatutunya terbalik. Entah kenapa. Maybe perempuan tak makan bersepah tu kat dewan. Alhamdulillah kenyang makan. 

Lepastu, bermula la cerita budak berkeliaran kat sekolah. Termasuk guaa jugak. Ingatkan nak stay sampai pukul 5 sebab ada perjumpaan, tapi dah penat. Balik jela kan. Hakak kerusi dah bising suruh datang petang. Hmm tapi tak pergi pun. Demam datang balik wehh.

ziqah versus cah
Sebenarnya balik pukul 2. Tapi cikgu keluarkan awal pukul 1. Yang si ecah nak tumpang cima, tapi ziqah kata "mana ada helmet, nanti ada polis macam mana?" So, dia tak jadi nak balik. Then, dia ajak pergi pejabat sebab nak telefon. Entah laa kenapa public phone takde kat sch. Hehh menyusahkan orang saja. Tapi mesti la orang pejabat tak bagii. So, decide laa "jom cah, jalan kaki. pergi rumah aku, dekat jee, nanti boleh la call mak kau " "boleh laa, lagipun dah lama tak lepak rumah kau". Duduk sekolah sampai pukul 2 tak guna jugak. Baik balik. Hmmm kita jalan kaki.. Hurrayyyy . dah lama tinggalkannya. Dulu selalu jangan kaki dengan sis. Btw,  takde la dekat sangat pun, jauh jugak exersice katakan. 2km laaa!!! Mak terkejut bila balik.Ditambah lagi bawak kawan, Kahkahakhaha Kenangan tak boleh lupa la nii. 

Ok ni laa cerita untuk hari nii. Memang best dan tired. Anyway selamat bercuti..

Wassalam, bye

You Might Also Like

2 comments

  1. penat pun best kan! hihih. rest well wak!

    ReplyDelete
  2. bestnyaa road run! rindu nak buat lagi hehe

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment