DescFriend #1

19:16

Assalamualaikum, haii


Sebelum aku nak describe budak nihh dekat belog, aku dah mintak kebenaran dengan berkata "cah, aku tulis pasal kau k" "ok". Senang gila jawapan dia. 

Bismillah.....
Nama dia Aisyah. Aisyah je. Aisyah binti Yakop. Aku panggil dia Ecah. Dalam handphone, aku letak nama Ecaahcaa. Kalau aku panggil nama dia banyak kali tapi tak menyahut. Em memang panggil Esiyah la. Dia jarak dengan aku hanya 7 bulan 28 hari. Sebenarnya dia ni budak form 4. Tapi apakah daya, keluar awal. Tinggi dia 155 cm kot. Entahlah, tak cara sangat janji dia lebih tinggi dan gemuk daripada aku. Kahkahkahkah.


Sebab aku describe dia. Haaaa sebab dia kawan baik. hahahah. Lagipun masa exam gerak gempur bi. Dia pergi jawab soalan describe character kawan. Aku tanya "kau mengata aku tak dalam character tu" dan dia jawab "ya". Dalam hati excited bila orang describe kita. Dia kata "aku tulis yang kau tu annoying. tapi kau comel dan bila aku susah kau tolong aku" Annoying? Yes, aku menjengkilkan. Hahaha. Comel? Apasal comel pulak biasa-ii je cuma mata aku je bolatttt. Tolong. Yes. Banyak kot bantuan aku hulurkan kepada dia. Hahaha. Sampai sekarang aku mintak kinder bueno dekat dia tapi tak dibagi-bagik lagi. Jenuh mintak.

Aku kenal dia masa form 1. Aku 1 RK, dia 1 Amanah. Aku kelas pagi. Dia kelas petang. Aku kenal gitu-ii je. Berbual tak pernah. Sebab dia merupakan kawan baik kawan aku. So, kawan aku banyak la story pasal dia. Huhu. Banyak aku tau pasal dia. Then bila form 3, dia dapat naik kelas. 3RK. Sama dengan aku. Masa first day sekolah, memang itulah first time aku tegur dia. Sebab dia duduk belakang aku. . Lepastu, jadi la kawan. Masa aku rapat dengan sejak nak pergi kantin. Aku takde geng, dia pun sama. So, sejak tu la rehat sama-ii. Dan termaktubnya BESTFRIEND sampai sekarang.

Character dia?? Dia seorang yang gila. Bila ada waktu tertentu je. Bila dah gila, ofkos gila bebetul. Dia ni mulut bising dalam kelas berbanding dengan aku. Aku diam je. Bila waktu tertentu je boleh jadi bising. Hahaha. Dia minat dengan someone pun aku tahu. Sebab aku ni detective. Senang nak detect. Haha. Semua saluran orang yang dia minat ada pada aku. Hahahha. Lagi?? dia ni pandai math. Bi lemah sikit. Sama macam akulah. Tulisan dia. Ya Allah keciknyaa laa. Dia makin flawless muka. Kalah akuuu. Selalu jugak bantu aku. Yeke??. 

Tipulah aku takde persamaan dengan dia. Dia Pelat dan aku pun sama. Bila dua-ii nak praktis hilangkan pelat mesti aku dengan dia je. Kalau orang lain tahu... memang diaorang ejek suruh eja perkataan . Hahahahha. Lagi?? markah exam tahun lepas sama. Means matapelajaran. Macam aku sej, sains dapat 70. Dia pulak sains, sej dapat 71. Hmm sebuk je. Hmm banyaklah sama tak terkata laaa. 

Itu je kut dapat desc pasal budak nama ecah. Harap kau bacalah belog aku nih eaaaa.

Wassalam, bye

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment