Prank Birthday Girl

23:55

 Assalamualaikum, haiii


Dah lama tak nampakkan tuan punya belog update? Heheh. Takde masa gaiss nak update. Semalam pun bukak sekejap sebab link kuat. So, edit la mana yang patut. Tulah private sekejap. Oh ya harini nak story sikit la. Padahal banyak benda nak share kat belog nihh. Inshaallah I will update soon k.

Semalam 3hb Februari 2016 merupakan birthday girl kawan. Namanya Syeera. Sebenarnya budak kelas dah sambut masa 2hb. Aku, cima, ecaah, aina, azza dan kawan-ii seangkatan tak join pun. Sebab ada budak lelaki. Nanti kata apa pulak kan main galak-galak. Lagipun ada budak asrama. Lagi lah diorang bergalak sakan. Em malas. Kita-kita buat kerja Addmath dengan akaun. Sebenarnya time tu tuisyen addmath tapi dibatalkan. So, malas la nak balik rumah stay jelah. Geng-ii yang sambut birthday tu siap bawak tepung lagi. Cehh . Budak laki sempat lagi keluar sekejap sekolah. Ingatkan, balik. Rupanya ada udang di sebalik KFC.  Perghh tengok gitu gitu je. Bila Syera pergi join dengan diorang. Aku, Aina, Ecaah decide nak kenakan dia pada hari esoknya. Maklumlah, kami geng suka kenakan orang. Tak gitu??

Image result for vsco birthday

Mula-mula decide nak pergi rumah dia. Bila kitorang ketuk pintu, terus pecahkan telur dekat muka. HAHAHAHAH itu tidak mungkin. Kalau keluar mak dia?? Annnahhh memang best la. Best kena marah dengan mak orang. Em idea merepek tu lalu kami BerhuhuhHUHUH.
Ni sebenarnya kitorang rancang. Baling telur dengan air. Tapi buat dekat sekolah la. Masalahnya nak cari tempat. Sebab kalau cikgu nampak memang nahas la. Lagipun, Aina dengan Ecaah pengawas sekolah. Agak-agak lah kan. So, buat kat tandas jela time balik. Kehkehkeh. Kalau letak telur kat atas kepala syeera memang masak la telur tu. Bak kata Aina. 2
Pada hari esoknya. Emm ecahh pulak tak bawak telur. Pikir punya pikir nak prank apa nii. Ecah kata beli air 100plus tin punya version. Sebab dia tau tektik nak sembur air tu. Tapi sayang, kalau beli air cococola lagi best dia punya gas kan.


Bila nak balik. Em excited gila nihh. So, aku memulakan watak jahat aku. Time balik, nak pergi tandas dengan alasan nak buang air. Aina pulak macam terpinga-pinga. Alahhh makcik sorang niih. Nasib syeera  tak Nampak reaksi muka mengilip mata kat aina. Hmm paham pun. So berlari-lari aku dengan ecah nak pergi tandas. Memandangkan botol air aku dah kosong, so isi lah air paip. Nasib ada cikgu tu tak perasan aku bawak air dalam tandas. Kalau tak, ada ditanya. Bila keluar tandas takde lagi syeera dengan aina sebab aina sengaja jalan lambat. Ecah memulakan misi untuk menggoncang air 100plus tu. Aku just kawal kedatangan mereka berdua. Bila dia datang…. Alah makcik ecah ni bila nak prank  laa,tin tak boleh buka. Nasib tak terkantoi. Aina masuk dalam tandas dengan alasan yang sama. Aku dalam tandas dah tergelak-gelak. Bila tin dapat buka, terus sembur dekat muka dia.. Perghh. Aku tukang simbah air. Memang best laaa prankkan orang. Tak pernah kot buat kerja macam nii. Muka syeera? Terkejut ahhh. HAHAHAHA. Aina siap kata lagi lakonannya berjaya. Mula-ii syeera kata buat apa pergi tandas. Tunggu jelah delat bawah. Aina kata urgent nak jumpa ecah.  Sebab nak pulangkan buku. Padahal takde pun. Hahahaha. Apa salahnya prank birthday kawan kaan. Lagipun tahun akhir dah sekolah. So, gila-gila lahh sikit. The Best Day Ever laaaa.  Lepas ni prank birthday siapa pulak? Dalam geng aku kedua tertua. Jangannnn pulak prankkan aku. Please laaa. Hehhehe. 

Korang pulak?? pernah kena prank birthday?? Mehh share la sikit story awak tuuu

Wassalam, bye

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment