Sambutan Hari Guru 2k16

11:33

Assalamualaikum, haii loveliess

Apa khabar warga blogger blogger ku sekalian?? Sudah lama ku mendiamkan diri cehh. Harini je ada masa nak update sebab ponteng sekolah. Ada sebab tertentu harini holiday. Lagipun, harini tiada paper. So, kalau duduk sekolah bosan. Dah la esok bengkel akaun dari pukul 7.30 sampai 2.40. ehh mereput ahhh

Untuk entry kali ini, nak ucapkanlah SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru. Especially, guru yang mengajar aku sejak 5 tahun sampai sekarang (Tabika Taman Intan, SK Sawah Dato', SA Sawah Dato', SMK Mersing). Tema untuk hari guru pada tahun ini ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA". 



banner kurengg santek, hihihi


Tahun ni la paling best sambutannya dan kurang hambar lah dari tahun-ii lepasnya, sebab tema hari guru sekolah aku adalah BACK TO SCHOOL. So, semua cikgu dikehendaki memakai baju sekolah. Seriously, memang comel dan handsome la cikgu semalam. Sampai tak boleh bezakan ni cikgu ke pelajar.. 




Sebagai PSS, aku ditugaskan untuk mengiring cikgu-ii untuk masuk ke kelas.Setiap PSS, Pengawas, Budak Asrama memilih seorang guru. Aku memilih Cikgu Mardiana, k tu cikgu BI. Sebab cikgu ni memang sporting habislahh. Hahahaha... Sebelum itu, cikgu berjalan-jalan sekitar bandar naik bas sekolah. Bila dah sampai sekolah, kami pulak yang iring diaa. Huhuhu


Selepas cikgu nyanyi, ikrar, pengetua bagi ucapan. kami menonton zapin dari cikgu-ii. Ingatkan cikgu tak reti berzapin. Setahu aku, just Cikgu Azhar je pandai berzapin. Annahhh kauu cikgu Cha, cikgu Ira, Cikgu Nurizan turut zapin sekali. Then, ingatkan kawan aku nyanyi lagu zapin. Selidik punya selidik pentas, lahh cikgu Zila nyanyi rupanya. Gila merdu laahh.Macam Siti Nurhaliza Aku, Aina, Nisah, Ecah kat belakang bukan main suka tepuk tangan. Kahkahkah

Seterusnya, ada seorang kakak ni menyanyi. Ingatkan cikgu ke, pelajar rupanya kakak kantin. Lagu dia nyanyi aku tahu, cuma tajuk nya kurang tahuu.. Lahh, lagu lama yang ada lirik aduuuhh aduuuu duhhh dududuudud . Bila sampai part lirik tu semua jerit aduuuhh aduuuu duhhh dududuudud ...

Then, mempersembahkan cikgu Saiful and the Band, cikgu Zul, cikgu Rashdan . Tak lengkap kalau cikgu ni tak buat persembahan. Saban tahun ade jelah. Cikgu Saiful sebagai tukang piano. Cikgu Zul sebagai tukang gitar. Penyanyi? cikgu Rashdan laahh. Untuk tahun ni,cikgu Rashdan nyanyi lagu Potret. Bukan main kami, nyanyi saja. Hahhaha.

Lepastu, acara potong kek. Banyak gila kek semalam, Kelab PSS pun ada sponser 3kek tau. Sebenarnya sebelum balik semalam, ada buat perjumpaan nak bagi extra kek. Tapi, aku main balik je, Sakit aku dah tak tertahan. Nasib ada kakak kerja kat koop sekolah boleh roger nak guna handphone. Berbalik pada topik, Polis, ADUN, PASTI kawasan, Bank Rakyat sponser. Tu yang aku tahu, maybe ada lagii. Seriously, memang pesta kek la semalam.



Ni merupakan hadiah budak 5 Amanah kepada guru kelasnya, Cikgu Laila. Lagi satu, hadiah budak 5 Amanah kepada ex guru kelas masa form4, Cikgu Asmah. Lawa bukan?? Sorry u, i curi gambar ni kat wassap. Hehehe


Wahh banyaknya hadiah. Oh ini hadiah kakak aku yang jadi cikgu kat PASTI. Alhamdulillah rezeki dia. Sebelum dia balik, memang aku dah tunggu kat depan rumah. Sebab dah agak mesti banyak bawak balik hadiah. Ingatkan yang bagi semua nii budak 4tahun. Rupanya 5,6 tahun pun ada bagi. Pembantu memasak pun ada budak bagi tauuu. Untunglahhhh



Sampai di sini saja entry kali ini. Semoga bertemu di entry akan datang ..

Wassalam, byee :))

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment