Journey of EsArVi

22:47

Assalamualaikum, hi gaiss.

Dah lama bukan tidak Nampak update saya di blog. Hehehe. Alasan malas nak buka laptop, malas nak on wifi sebab link lembab. Lagipun, busy. Pergi sekolah pukul 6.50, balik pula paling lewat pun nak dekat pukul 6. Pukul 7 sampai 9 layan cerita melayu dengan korea. Entah bila la minat korea nii. Lepastu buat hw, study. Akhirnya, tidur. Cuti pun berkampung dekat sekolah.

nak taip apa lagi ye,.. oh ya almost 3 minggu yang lalu aku bersama 9 rakan lain jadi paranormal. entahlah paranormal ke tidak. kami meninjau ke hotel yang lama tak orang sewa. tuan dia ada tauu dekat situ . datang situ bukan nak tengok benda tu. tapi niat kerana mahu tengok keindahan alam. yaa, lagipun hotel tu berbukit dan bila disitu merupakan jalan untuk pergi ke kebun. so, takde rasa sangat la takut, sebab masa kecik pernah lalu situ. kenangan paling tak boleh lupa la kami aka Squad RV *nama belang terpaksa dirahsiakan ialah kena halau dengan tuan hotel tu. padahal kitorang mahu bertanya saja. aduhaiii. time kena halau tuu satu kejadian juga berlaku. lebih kurang 5 ekor kot anjing kejar kitorang. nasib time tu aku jalan 5 di belakang so kalau kena kejar dah sampai depan. paling pelik, aku tak tahu yang sebenarnya kena kejar anjing. aku lari sebab terdengar sorang kawan jerit. Ingatkan tuan hotel tu nak tangkap kee. takut jugak. Lupa nak beritahu sebenarnya kitorang dah naik daah hotel tu then bila sampai sana tengok tuan dia pegang walkie talkie. cuak. lepastu turun la balik. Then, ada 2 orang kawan ni nak naik balik tu la kena ikut sekali. jenis aku kalau lari memang akan ke belakang. tapi time tu boleh pula kalahkan kawan akuu tauu. siap ada seorang kawan aku puji kata tak sangka aku lari sekuat tuu. kehkehkehhh. malas je nak tunjuk skill kuat lari sebenarnya. Perkara yang lain amat mencurigakan ialah pagar tidak bertutup. pelik jugak la tak bertutup, sebab dah lepas pergi ni, aku ajak ayah pulak dan time itu bertutup. lebih kurang 3 kali kot bertutup. sebenarnya banyak lagu kisah yang berlaku di luar jangkaan tapi malas la nak taip banyak-ii. nak tau, jumpa dan interview. 


Rasanya ni mungkin update terakhir untuk tahun nii. Hm my sis dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat degree. yeayyy.  Sbb tu la laptop dia nak ambik huaaa. Takpe, tunggu tahun depan gua beli yang baru. HAHAHAHAHAH. Tapi masih lagi aktif tau walaupun tak sekerap dulu. Jangan rindu kite pulak yeee. heheh

wassalam bye

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam. Seram juga citer ni.

    Jika sudi dan berkesempatan, jemputlah join GA abam kie n kawan2. Ada 12 buah buku/novel untuk dimenangi. Terima kasih banyak2.

    http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment