Review : Bronies Dan Cream Puff

Assalamualaikum, hi

Makanan la jadi sasaran utama. Makan. Makan. Makan. Itu jela kerja dekat rumah sementara cuti ini. Jadi, satu hari itu tertengok dekat facebook. Ada yang jual makanan seperti gambar di bawah. Memang teringin nak makan, jadi decide nak belilah. Lagipun, memang rumah dekat dengan rumah sis yang jual ini, guna cod jela, .

Alhamdulillah, ada yang sudi sponsor (belanja). Jadi, tak perlu keluarkan bajet. Hehehe. Maraming, salamat po ate!

Dannnn iniii diaaaa rupanyaaa.....................

credit by ((owner yang jual)). Gambar sendiri terdelete
Brownies
๐Ÿ˜… RM 8/ 10pcs
๐Ÿ˜… Choco dia uhhmmmm
๐Ÿ˜… Ada 4 pilihan topping (kacang, cheese, strawberri, coklat moist)
๐Ÿ˜…Sedap, rugi tak cuba!!!!

credit by ((owner yang jual)). Gambar sendiri terdelete
๐Ÿ˜–Creampuff
๐Ÿ˜–RM12/35pcs
๐Ÿ˜–Creamyyyyyy banyakk
๐Ÿ˜–Murah 
๐Ÿ˜–Sedap
๐Ÿ˜–Tak sampai beberapa jam dah licin
๐Ÿ˜–Lembut


Selain itu, ada juga makanan lain yang dijual. Kalau datang Mersing, Johor bolehlah order. Pasti puas hati. Nahh, ini facebooknya

Wassalam, bye

DariDapurCikHA : Kek Coklat Lava Cheese BERHANTU

Assalamualaikum. Hi

Haritu ada beli tepung kek yang sudah disukat 1kg dalam satu pek. Bukan ada tu je, tapi ada bahan lain lagi kirannya complete bahannya cuma kena tambah bahan basah spt. telur dan susu. Beli dengan cikgu. Ni pun kawan recomendkan. Sebab dia pun beli. Beli 2 dapat harga murah.

Macam ni laaaa. Siap bagi resepi lagi


Saje je nak try. Selama ni guna bahan sendiri. Ni guna bahan orang sukat. Kih kih kih. Tiba-tiba waktu petang rajin buat sambil layan sukan sea. hehehe


1. Bahan yang digunakan. Cuma tambah susu pekat, cair, minyak, telur
2. Dah pukul, jadi masa untuk letak dalam oven !
3. Sementara tu, buat la topping coklat ganache
4. Yeayyy, dah masak !!!
5. (salah edit pula, sepatutnya 5 ke 6, 6 ke 5) Campuran topping coklat dan topping cheese
6. topping cheese !! memang berkrim dan cair la di mulut


Dan akhirnya, begini jadinya. Maaf saya tak kreatif orangnya. Main hentam keromo je nak sapu krim atas kek..Memang tak reti. Maklumlah, buat seorang. Macam inilah gayanya



Tapi.... semua kata sedap. Ha terima kasih. Ada masa, buat lagi

Wassalam, bye !

Karnival Koko Pra-U (Part 2)

Assalamualaikum, hi

Part 2

Sukaneka (16.8)

Dah last-ii minit baru nak isi nama nak join. Aktiviti dijalankan masa waktu koko, 1.10pm. Memang muka berbelang. Dekat padang pula tu. Panas terik. Haus. Semua ada. Aktivitinya adalah Masuk air dalam botol. Dulu ada hari keluarga dekat taman perumahan, aku la juaranya. Tapi ni tewas, bayangkan la span dia tak serap sangat air. Beli dekat kedai RM 2 ke apa. Hahaha. Kedua, Boling kelapa, hah sekali je cuba. Tersasar. Ada juga ahli grup yang dapat strike. 2 kali rasanya. Ketiga, baling belon air. Aktiviti ni aku tak join. Sebab hanya 7 orang je join. Dalam group ada 12. Kalau join, tak tahulah memang basah masa balik sekolah. Keempat, cari gula dalam tepung. Dalam banyak-ii aktiviti, aktiviti ni paling aku suka. Sebab muka bertepung! Sampai ada kawan termuntah sebab terkena tepung kat mulut. Ke tertelan. Semua putih gituww. Dan keseluruhannya, bukan kedua yang terbaik. Jadi tak perlu lawan tarik tali. Lebih baik balik. Driver siap berkata "kau sedap-sedap main tepung kat padang, aku tunggu kau dah macam tunggul. Dah la panas" Heheheh

3 orang lagi dah balik. Ni jela yang tinggal



Kawad Kaki (21.8)

Hanya 10 orang daripada 24 orang je yang join. Rasa nak "hchdchehehefhefehfhuef" yang tak join tu. Biasalah lawan waktu petang, panas pula tu. Siapa yang nak pergi kan. Kami yang join ini relaks je. Muka berbelang even dah pakai sunblock. Maaf membebel kejap. Lepastu, ada 1 kelas lagi yang nak join sekali. Sebab kelasnya hanya 5 orang je ada. Jadi, gabung jela. Sebab last masa form 5 berkawad, jadinya step-stepnya ingat-ii lupa. Heheh. Komandernya, ofkos la aisyah. Sebab dia jela yang pernah jadi. Suara dah la kuat, Bila masa practise bukan main nak buat step tu step ini. Bila dah lawan, tak dibuatnya, Apapun, enjoy. 

Panas tu tutup muka, Hahah


Bola Tampar (22.8)

Entah siapa yang pergi letak nama aku dalam senarai nama bola tampar.. Lawak dan sedih pun ada. Nak je "tampar" siapa yang pergi letak nama tu. Maybe tak dapat sembutan, tu yang main letak nama siapa je. Satu kumpulan ada 10. Pemain 6. Jadi, aku hanya pemain bola tampar. Tangan bangku. Kalah. Hahahaha 10-8 je. Bukan jauh mana bezanya. Tahniah, dekat team aisyah sebab dapat masuk final dan dapat tempat-2. Bila aku tak se-geng dengan dia dan ada berkata "kau tak pergi lawan ke" Nak lawan apa kalau lain team.

Teater (23.8)

Tema P. Ramlee. Cerita Labu Labi. Aku jadi "ahli mesyuarat" tingkap. Kalah. Hahahaha. Sorry malas pula nak menaip ni. Mengantuk mata. Sebab kalah? ramai pasukan lawan lagi best dari kami punya kumpulan. Hambar? Maybe no, maybe yes. Apapun. best. Semua dapat beri kerjasama. Ceh. Tq, pengarah, probs, pa sistem. Sanggup stay sekolah sampai petang semata-mata untuk ini semua.

Ayu dan Kacak dan Segak
Classmates


No more Karnival Koko. Yes!!!!! Maybe lepas naik cuti adaa penutupan. No more Part3 okey.

Wassalam, bye


Karnival Koko Pra-U (Part 1)

Assalamualaikm, hi !

Macam biasa kalau betul-betul free baru ada masa jenguk baby(blog).

Persatuan tingkatan 6 menganjurkan karnival koko. Karnival ini berlangsung pada 8 Ogos sehingga.......... bukan hari-hari karnival ini diadakan. Waktu koko jelaaa. Hari selasa pagi dan rabu petang. Buat masa ini baru 4 pertandingan yang ditertandingkan (tapi masuk 3 je). Banyak lagiiiii pertandingan-pertandingan.


Bola Jaring (8Ogos2017)
~ Pertandingan bola jaring ini semua gadis-gadis form 6 wajib join. Tak kira la kau pandai main ke tidak ke. Janji join. Ada 9 group. Sudah la kena campur dengan akak upper. Nasib menyebelahi diri, ada sepupu. Jadi, tanya dia la dah dapat ke belum ahli dari lower. Actually, aku ni kaki dengan tangan bangku. Bukan reti main pun. Tapi kesah pula jadi (Wing Attack). Tapi rasanya okey kot time main. Paling menyampah, Ecah tak boleh nak diam. Bising abis. Tahulah eksited benar, First game, menang sebab penalti. Second game, kalah. Gadis pihak lawan menang. (2-4). Minggu lepas, team 6 hingga 9, final pula lawan, Jadi, dah lawan tuuu boleh berhuhahaha depan padang tengok orang main. Gambar? hmm takde. Dekat kamera akak upper. Dia masih tak sent lagi gambar tuuu


Pentaque (8Ogos2017)
~ Actually, permainan ini memang aku tak join.. Senarai nama pun takde. Tiba-tiba ada seorang kawan hantar mesej dekat ecah, yang dia tak datang. Jadi, kiranya aku ni penganti la kononnya. Reti ke main? Jawapannya tidak. Hahahahahaha. Belum cuba belum tahu. Tapi rezeki takde nak masuk final. 2 game menang, 1 game kalah(separuh akhir, beza 1 mata kot). Tapi menyesalnya, balik awal. Kalau ikutkan boleh lagi lawan nak tentukan tempat ke-3. Tapi dikatakan team aku no. 4. Alah, tak kisah la. Janji happy. Rasa gian pula nak main pentaque lagiiii. Mula-mula game asyik kena bebel je dengan ecah, atirah. Lama-lama dah okey. Mana ke tak, asyik tersasar je tempatnya. Sudah la lawan time hujan. Risau jee sebab takut tak dapat balik. Sekolah dah la jauhh. Sedih

bola silver tu team kami punya. menang tauuuu!!! 





Gubahan Surat Khabar (9Ogos2017)
Squad RV
~ 1 group, 8 ahli. Budak lower 5 group, budak upper 5 group. 1 model setiap group. Dan siapa modenya kalau bukan cik ziqah yang comel dan manis. Sebab dalam group aku paling kecik. Kalau badan besar, jangan cakaplah. Tak cukup masa gamaknya, Heheh. Tema apa entah. Thinkerbell rasanya. Time nak catwalk tu paling tak boleh go on la, mula bkan main bersemangat, bila dah turn, kekok pula. Haa kisah pula. Janji berani. Nasib 'crush' join pertandingan lain kalau tak, hehhh menganjing betul kalau nampak. Anyway, sorry pada para-para designer yang tidak bertauliah, sebab model banyak ragam sampai terkoyak surat khabar. 

Ada gaya top10nextmodel?


Bersama pasukan lawan. Kelab keusahawanan yang anjurkan pertandingan ini
Ada pertandingan raja pantun. Nak join, tapi dah join gubahan ini. (heh semua pertandingan nak join). Part 2 akan menyusul. Pertandingan tu belum dipertandingkan lagi. Ikutkan ada lagi 2 lagi.. Apapun, stay tuned...

Waalaikumusalam, bye

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum, hi!!

Walaupun sudah hari raya ke 6 belum lagi terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.. 

Alhamdulillah umur semakin meningkat, duit raya pun sama.. MENINGKAT. Tak tau la kenapa. Dedulu nak capai RM 100 bukan main susah. HAHAHAHA

Tahun ni buat biskut raya hanya 2 sahaja. Bukan ziqah yang buat.... ziqah cuma jaga tempat ketuhar je. hehehehe.. Kalau bab menumbuk kerisik, kacang, jintan manis, (ape ek lagi 1 tu, tak ingat pula) tu bagi ziqah je... heheheehehe 


Raya Pertama

Sebab kampung dekatkan, jadi balik raya pun pada tengaharinya. Jalan raya jangan cakap la, jammed ofcourse.. Tapi bila balik kg. ramai sepupu sepapat yang takde, mereka pergi berjalan laaa jadi tidak dapat jumpa. Then, pergi la melawat rumah pakcik sebab dia dapat baby baruu!!! yeahh, dapat cousin laagiiii.. Pada sebelah petangnya, pulang ke rumah, makcik yang lain pula datang... Dapatlah jumpa anak sepupuuu


Raya Kedua

Sebab dari azali raya kedua memang tak keluar rumah. Sebab mesti ada makcik pakcik sepupu sepapat datang ke rumah.... Kalau boleh 1 rumah tu memang penuh, Dah la riuh rendahnya lagi. Kami keluarga yang mulut agak becok sikit apabila berbicara. Pada malamnya pula, jiran pula datang berayaaaaaaaaaaaaa....

Raya Ketiga

Raya ketiga ini beraya je la kerjanyaaa. Rumah jiran yang datang beraya semalam tulaaaa. Ingatkan time ni ada makcik dari jauh nak datang, rupanya tak jadi pulaaa. Pada malamnya, jiran juga bertandang ke rumahhh. Ramai benoorr jiran,ginilah jadinyaa..

Raya Keempat

Ingatkan raya keempat ini takde duk bertandang ke rumah. RUPANYA ADA! Ziqah duk sibuk menyiapkan persiapan tit... tit.....tittt..... Tup tup dengar bunyi motor dari luar siap beri salam lagi. Ohh,, kawan rupanyaa.... Apeni datang rumah orang secara mengejut. Alhamdulillah ada juga kawan sudi datang ke rumah kitewww.... Lepastu, mereka ini ajak la beraya sekali... Raya rumah ecah je. Sejakk form3 berkawan, baru tahun ni gi beraya rumahnyaa. Selama ini dia je duk datang ke rumahh kiteww... Lepas beraya pergi sawah padi air papan semata-mata nak selfiee. Siap buat grup nak sent gambar.....

Raya Kelima

Waktu pagi hingga petang pergi bandar. Main CC. Bukan nakk main CC sangat. Akak ajak. Dia nak buat assignment. 2jam setengah la kat CC tuuu.. Berpinar mata pandang komputer. Nak balik, hujan. Jadi, singgah la Drum Cafe dulu. Lagipun perut minta diisi sesuatu. Bila balik pula, ada makcik lain pula yang datang. Duit raya dia bagi kira boleh tahan juga... HAHAHHAAHHAHAHA


Raya Keenam

No more beraya. ASSIGNMENTS tak SIAP lagiii.... Jadiiiiiii, harini hanya siapkan kerja jeeeee



Malas nak post hari raya pertama. Muka weird gilosssss. Kalau nak tgk jugak, tgk kat ig je.....

Panas tak panas janji bergambar
Bila dah lama tak jumpa be like......... THIS
Freestyle paling win laaahhhhh


Waalaikumusalam, bye!

The Blue Sky Tag

Assalamualaikum and hi




I got a chat from  Mardhiyyah Rosli to answering her questions….

 So,…. This is my answer

1. Tell me about yourself.
My name is Haziqah Aliah. So, you can call me Ziqah or Lia.. I am 18 years , 1 month 12 days on 16 May 2017. I was studied at SMKSM as form 6 student. Inshaallah, one day I will want to be a teacher or account.. ((or both?)). When I was boring, I will open my blog to write anything in my mind. I love to make family and friends happy. Hahahaha. Okay, that’s all my intro about myself

1.      2.  If you are given RM 1M, what you are going to do with it?
If I are given RM 1 million,………
 I will bring my all family to Mecca.
I want to travel around the world.
I want to give charity to the needy
I can buy what I want to do

1.      3. If you have a superpower, what kind of superpower you want?
If I have a superpower, …….
I want to disappeared my haterss
I want get a best student. Hehehe

1.       4. Between anime and k-drama, which one do you like the best? State your favourite anime/k-drama.
Actually I’m not anime and k-drama fans. But,of course I still prefer k-drama. I just like “W” movie. I like to watching Lee Jong Suk’s character. Hahaha

5. What is your ideal man/woman?
1. My ideal man is...
Handsome, of course. Hahaha
Clever
Not stingy
Obey the command of Allah

1.     6.  If you are given to choose to stay in one of the four seasons(summer, winter, spring and fall), which seasons you choose and why?
Season I choose is spring. It is because, I can imagine I was running sorrounded by flower with my hero.. ((janam janam janam))

1.       7. What is your favourite band/musician?
My favourite band is…….
Big Bang ((since 2013))

1.      8.  What is your favourite school subject?
My favourite school subject are…..
Mathematics
Account ((still number and number))

1.       9.Write about a lesson that you've learned the hard way.
Do not make a evil to other people

1.       10.What is your favourite food?
My favourite food are …….
Satay
Nasi Ayam

1.     11. What are the things that make you laugh out loud?
 The things make me laugh out loud….
 when my friends make a crazy fun
when I read instagram post about joke and caption((@lawak_hambar))


Done answering your questions even late hihihi. Thanks you for tagged me. Sorry, I did not prepare the questions. Busy life. Also, sorry for typo, wrong grammar.


Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 3)

Assalamualaikum, hi

Ada lagi.... Part 3. Malas nak bercampur dengan part 2. Ini special part punya. kihkihkih

Selasa (09.05)
Sebenarnya hari tu malas nak datang, tapi apabila fikir balik, macam best je. Tu yang datang……

SEHARI BERSAMA SENIOR VS JUNIOR

Pertandingan Petanque, Netball, Futsal
Pertandingan tu diwakili oleh 2 team senior dan 2 team junior. Aku cuma jadi penonton yang setia di tepi padang sambil tangannya memegang bubur dan air jagung. Hihihi. Pertandingan petanque dengan futsal aku tak tengok. Tengok pertandingan netball je. Sebab pemain yang diwakili oleh junior tu  memang awesome laa. Kesian, akak senior..... akhirnya team junior la menang. Yeayy


Treasure Hunt

Okey, daripada 11 orang team Dextorous D-Luffy bertukar jadi 9. 2 orang tak hadir. Hasbu dengan Salwa rasanya. Jadi, dari 9 orang bertambah lagi 2 orang. Azri dan Myra. Kiranya satu stesen ada 2 group la. Berlawanan. Group aku berlawanan dengan group ke 6. Nama groupnya……. Maaf tak ambil tahu. Hehehe

Stesen 1 :
Stesen ini ialah baca sambil kemam lada. Satu orang je yang akan hadap cabaran ini. Sharul yang volunteer nak. Sebelum tu, setiap group dibekalkan oleh  1 biskut. Kiranya macam barang berharga la. Dan… kena mempersembahkan tagline group…… Hmmm, memang pijar ahh mulut bila kemam lada inii

Stesen 2 :
Antara banyak-banyak stesen, stesen inilah yang paling best dan ekstrem. Kiranya menguji kekuatan diri la. Ceh. Stesen ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, berlari sambil masukkan kaki kat dalam tayar. (betulke apa yang aku explain ini?) . Jangan ingat kaki pendek macam aku ini tak reti buat. Laju lagi tauu. Bahagian 2 kena lepaskan diri tanpa ada bahagian badan kena kat tali. Hm, nasib kecik je. Tak perlu minta bantuan orang. Bahagian 3, ni paling mencabar. Hayunkan badan dengan tali. Dari satu tayar ke tayar yang lain. Yang ini aku kena cuba 2 kali. Pertama kali, hm terjatuh pula. Kali kedua, lagi sedikit nak jatuh tetapi nasib ramai bodyguard yang pegang. Apapun, tetap BEST!!!! Group ke 6 kena denda. Group kami?? menang untuk stesen ini. Sementara group 6 melakukan hukumannya, group kami disuruh nyanyi lagu penguin. 

Kekurangan model lipstick?
Panggil lah kami....

Stesen 3 :

Paling tak suka stesen ini la. Sebab apa? Bacalah sampai habis. Stesen ini menguji minda. “Spelling”. Dah la dapat perkataan yang susah. Akhirnya, hanya 4 sahaja huruf yang betul. Kalah dengan pasukan lawan. Akibatnya, muka kena calit lipstick. Kalau kakak upper calitkan takpe la. Ini tidak, yang calitkan tu budak dari group 6. Hmmm, kawan yang pergi calitkan. Gaya dah macam kucing parsi yang comel je. Heheheh. Budak arus perdana, tengok lain macam je kami. Hahahaha. Esoknya, muka banyak keluar jerawat. Dah la kulit sensitive

Comel bukan?

Stesen 4 :
Stesen ini dah macam game show Padan Muka je.. Tutup muka sambil masukkan tangan kat dalam baldi. Kena ambil guli kat dalam baldi. Seram sehhh. Akak akak junior bukan main menakut nakutkan …… dalam hati “hm tak lawak langsung nak takutkan orang” … Nak masukkan tangan pun dah teragak-agak je. Dah la mata kena tutup bila masukkan tangan dalam baldi tu rasa macam benda lembik lembik. Dalam hati rasa macam permainan yang lembik lembik tu. Dalam pada tu, ada juga kawan group yang menjerit jerit. Hahahahaha. Bila buka mata, nak tahu ada apa di sebalik baldi? CINCAU….. Hahahahaha. Ada kawan yang dapat rumput la, cacing la.. Paling best…. Ada yang dapat katak. Siap buat bunyi lagii

Stesen 5 :
Stesen ini pula ialah kawat kaki. Nasib ada asas kawad kaki itu tak kekok sangat. Okey, dah tak tahu nak mention apa. Apapun, enjoyzzz.

The end.....


kalau pada pandangan orang Aku, Ecah dengan Cima berjanji pakai pakaian sama warna, corak(songket,, Lain-ii) gaya baju..... tetapi pada pandanagn kami, takda pun berjanji bagai... tup-tup sama.

khamis 2 minggu lepas..... pakai baju sama kaler cuma tone je beza sikit, corak puplum 
me : eh, sama 
ecah : dah agak, 

ahad lepas.... sama kaler. nak apa lagi samaa.......

isnin lepas...... pakai kain plain cuma kaler lain je........

khamis lepas...... tiga-tiga pakai corak songket....  padahal takde pun chat pakai baju yang sama, cuma ecah je la chat boleh pakai ke tak. tapi, tak expect dia pun pakai

ahad (harini)...... ketiga-tiga pakai baju jubah kaler hitam. hmmm

Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 2)

Assalamualaikum, hi

Kita continue untuk hari yang seterusnya......


Ahad (07.05)

PENAMPILAN ETIKA
Sesi penampilan etika memang tak membosankan langsung. Lagi-lagi cikgu yang dikendalikan memang sporting gilosss.. gelak itu memang dah menjadi kebiasaan time sesi ini. HAHAHAHA. Penampilan etika menekan 3 aspek iaitu pakaian, kebersihan fizikal dan mental. Huraiannya malas sis nak menaip, cukuplah tersemat di dalam mindaaaaa.

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Bila dah bab taklimat ini mulalah mata ini dah mula mengantuk. Maklumlah bukannya cukup tidur sangat pun. Malam ahad dukk pergi layan gema gegar vaganza tu.. paginya bangun pukul  6(ni dikira lewat) . Memang tak pernah serik asyik kena bebel siap lambatttt. Sudahlah sekolah jauh.. ok lupakannya….. taklimat mata pelajaran MUET,  PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU.. Hm, MUET cikgu kata kena dapat sekurang kurangnya band 2. Tapi lebih bagus dapat band 3 ke atas. Kenapa perlu INGGERIS. Sudah la specking INGGERIS ke laut. Apatah lagi grammar, writing bagai. Tapi Inshallah, belum cuba belum tahu. Pengajian Am pula mata pelajaran yang WAJIB diambil dan WAJIB lulus.Nak kata susah, tak tahu la. Bilaa tengok result my sis, dia dapat pointer 3.33 dalam PA. Hm, otak lainlain. BAHASA MELAYU………. Bila tengok balik buku rujukan macam senang je.. Cuma,….. bab karangan la yang menyulitkan sedikit. Iyelah, kadang-kadang bila tengah belajar otak jammed.. bila exam, cepat pula tangan menulis.

Isnin (08.05)

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Ok, ini sehari taklimat mata pelajaran. Pagi-pagi je otak fresh dengar. Bila lepas rehat, naik mengantuk mata….. Nak berbual dengan kawan sebelah pun nak naik malas…. Bilalah cik Haziqah ini mahu berubah ke pangkal jalan. Makin teruk perangai. Hish hish hish

Ekonomi : inilah matapelajaran yang paling susah dalam bidang kemanusiaan. Tapi paling senang dalam bidang sains. Siapa yang ambil ini memangg otak dia nii geliga math moden & add math. Dulu sekolah lama ada juga tawarkan kos ini, tapi dah lama dibubarkan. Sebab ramai yang fail. Bila search google “ekonomi senang atau tak?” bila buka satu blog tu ada entri “ekonomi mata pelajaran senang skor” ehhhh??????

Pengajian Perniagaan : orang yang nak ambil PP ini kebiasaannya mesti ada asas akaun, ekonomi atau perdagangan. Haaaa, macam saya laa. Tapi dah tak ingat sangat.. Samar-samar sahaja. Inshaallah, kalau ambil boleh bawa dengan jayanya jika rajin membaca like me. Hahahahaahaha

Geografi : mata plajaran ini yang my sis suggestkan untuk aku…. Sebab kata dia senang. Lagipun, cikgu yang ajar ini merupakan cikgu yang aku kenal.. bentuk muka bumi bagai la, peta dunia la.. whatever la. Maaf, malas nak menaip sebenarnya ini
#Sebenarnya ada lagi seperti sejarah, sains sukan, seni, kimia, matematik tulen. Tapi tu out of my list. Malas nak mention.


Khamis (11.05) 

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (BM dan BI)
Pada mulanya nak masuk pertandingan ini, tapi dah penuh pula. Apa yang boleh buat, jadi penonton la. Ada yang best, ada yang kurang. Kalau yang best tu memang kusyuk mendengar. Kalau yang kurang tu faham-fahamlah.

MAJLIS PENUTUP
Majlis yang dinanti-nantikan. Ucapan oleh ketua pelajar lower, guru-guru. Lepastu, penyampaian hadiah. Tak sangka juga group Dextorous D-Luffy memenangi  tempat 1 dalam ice breaking. Alhamdulillah. Ini adalah ‘teamwork’ yang berjayaaaaaaa. Cehh. 

Ahad (14.05)

TAKLIMAT KOKURIKULUM
Sebenarnya, taklimat ini pada masa hari Khamis tetapi cikgu yang kendalikan sibuk. Jadi, ditukarkan pada hari ini. Kalau dulu markah koko akan dicampurkan dengan SPM. Tetapi, sekarang tidak lagi. Kena pandai la ini cari markah koko. Join tu join ni. Kalau masa sekolah-sekolah dulu sejak darjah 2 hingga 6 dan tingkatan 3 hingga 5 jadi pengawas. Inshallah, masa ini nak jadi pengawas lagi. hehehe

PEMBAHAGIAN KELAS
Alhamdulillah, dapat kelas yang aku pilih. Sebelum ini, buntu gilaaww sebab ramai sangat pilih kelas tu. Inshaallah, harap dapat sesuaikan diri lah. Hahaha (gaya macam budak darjah 1 je). Alhamdulillah sama kelas dengan Aisyah, Cimon, Anis dan Azza. Memang best dapat geng-ii harok ini. hahaha

# Untuk siapa yang berjanji nak belanja tu, silalah tunaikan janjii anda tu ya huhuhhuhu


Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 1)

Assalamualaikum, hi

Setelah lama duduk rumah dan akhirnya kembali ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 6. Cuma tak best je, kena tukar sekolah.  Sebab tahun ini gabungkan semua sekolah kepada satu. Jadi, jauh sikit la berbanding sekolah lama. Even sekolah baru tapi sekolah lama tetap menjadi No. 1 di dalam hati. Hahahaha. Sekolah biasa(lama) Vs Kluster (baru). Jadi, suasana sekeliling pun berubah daripada kebiasaanya.

2 Mei : Pendaftaran
Secara keseluruhannya, sekolah paling ramai pelajar yang daftar of course la dari sekolah aku. Dah namanya pelajar paling ramai dlm daerah, memang ramai yang daftar. Orang tak expect masuk form 6, pun masuk.


2 Mei : Taklimat
Haaaa, ini waktu yang paling bosan.  Ditambahkan lagi dengan duduk belakang sekali sebab tak cop tempat terlebih dahulu. Hmmm, mengantuk sis. Syah dengan Cima asyik berbual je kat sebelah. Menyampuk pun tengok pada tempatnya. Yessss, sebab dah form 6, pelajar dibenarkan bawa phone laaa. Apa lagi taklimatnya??? Hmm tak ingat


3 Mei : Ice Breaking
Sebenarnya, masa ini rasa malas nak datang sekolah. Lagipun, demam. Tapii, gagahkan diri pergi sekolah. Bangun pagi terus makan biskut dan ubat.

Paling best aktiviti inilah…. Sebab dapat kenal ramai kawan baru. Aktiviti ini dikelolakan oleh cikgu Aziz. Dibahagikan oleh 10 group. 1 group mewakili 10 orang. Tapi group aku ada 11 orang. Sebab ada 101 orang yang hadir. Tapi rasanya akan bertambah masa aktiviti selasa nanti.

Dari 5 sekolah berlainan dalam satu group. Anis, Sharul, Acha, Mira, Hasbu, Sofia, Wan, Salwa, Firdaus dan Qila. Anis, Sharul dan Acha merupakan kawan sekolah dulu. Bila dah form 6, orang yang tak pernah berbual sejak form 1 sampai form 5 dah boleh jadi ngam… Dulu kat sekolah lama, nampak je buat tak tahu je. . Sekarang jumpa,…. Macam dah pernah berbual panjang sebelum ini. 
Siapalah lagi, Sharul la orangnya. HAHAHAHAAH…. Ketua dalam group, Hasbu. Sebab dia penduduk asal sekolah inii. Jadi, dia lebih tahu segalanya. Ceh. “Dextorous D-Luffy” haaa, ini nama group. Mula-mula memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya, buat logo group, motto, kata-kata semangat dan present di depan. Macam-macam gelagatttt bila group-ii lain present. Hmmmm, gelak memanjang. Mudah terhiburrr  laaaaa. Semua sporting belakaaa. Dari mengantuk terus tak jadii


4 Mei : Taklimat HalaTuju…. Selepas Form 6
Taklimat ini dikelolakan oleh cikgu kaunselor. Isi borang Psikometrik bagai. Seterusnya, memberitahu apa kebaikan form 6. Hmmmm, kadang-kadang bosan juga dengar apa kebaikan form 6 ini… maklumlah, adik-beradik semua generasi form 6. Jadi, dah kerap sangat dengar. Alhamdulillah, seorang daripada sis dapat melanjutkan peringkat ijazah. Seorang lagi, cikgu dah. Kita seorang je belum lagi …..  duduk bawah ketiak mak…. Masuk form 6 ini, yuran murah, makanan sedap ((duduk rumah okay)), …. Apa lagi ekk. Hehee


Ada lagi 5 hari orientasiiiiii… Lamanyaaaaaa ada masa kita update lagi yaaa
#malas nak upload gambar..... Inshaallah Part 2 ada la nanti


Wassalam, bye

Meet And Great!

Assalamualaikum, hi


Hari ini bekas cikgu sekolah meraikan 'kami' yang mendapat A dalam matapelajaran Sejarah SPM 2016. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar dan jayanya. Hehehe. Bagi aku, ini merupakan kali kedua cikgu sejarah meraikan selepas PT3 tahun 2014. 

Mula-mula, terbaca update cikgu dekat facebook berkaitan dengan 'ingin' meraikan majlis ini dekat KFC. Dalam hati malas je nak pergi. Lagipun, fikir juga siapa nak hantar nanti. Then, selepas beberapa hari kawan whatsapps. "Pergilahh, ziqah!" "Pergilah". Akhirnya, setuju juga nak pergi. Eh, siapa nak hantar? Haaaa...... kebetulan pula kakak cuti mid-sem. Bagusssssss

Paling menyampah bila orang whatsapps..........
"dah sampai"

Tapi batang hidungnya tak kunjung tiba. Yesss, itu lah dirasakan oleh aku. Tunggu kawan depan KFC.... nasib sekejap je. Bila tanya balik........

"kata dah sampai, asal aku sampai dulu" - Ecah
"aku tanya kau dah sampai ke belum" - Me
*dalam hati lupa nak letak (?) ke?

Muka first nampak bila masuk KFC ialah... kawan sekelas. Azza dan Farah. Dari 15 orang dapat A budak kelas Amanah. Hanya 4 orang je nampak muka. Hahahhahahahaah. Lambat tunggu makanan sampai, jadi.... banyak la kami gossip kan. Perempuan.... biasalah.... gossip 

Bila dah sampai makanan ...... apalagi makan la

Tak sah kalau tak jumpa kalau tak selfie.... hehe......

Kredit : gambar di fb cikgu.... 
Banyak lagi gambar dekat handphone, cuma malas nak forward dekat lappy. Kalau ada masa kita upload dekat IG// @nrhziiqh_ . Terpromote pula..

Sebahagian yang hadir
Bestari vs Amanah vs Cemerlang vs Dedikasi vs Murni

Dengan bekas cikgu sejarah.
A for AMANAH!!!!
Sejak form 2 sehingga form 5 cikgu ini yang ajar sejarah. Sudahlah cantik sporting pula tu. Heheh

Btw, tak sangka juga SPM sejarah dapat A, padahal soalan.. bukan main susah. Soalan fakta, kita pergi jawab KBAT. Biasalah, rezeki



Sticky notes :  ESOKKKKKK SEKOLAHHHHHH!!!!!  FORM 6!!!!!! GENERASI KE-7 DALAM KELUARGA CUCU TOK AMIN !!!!!!!!!


Wassalam, bye!




Qoute Of The Day: Sucess

Assalamualaikum, hi 


April, please be nice to me.




"There is no success without trying"

#qoute
#notefordearself
#thinkpositive
#zqhsay


#DariDapurCikHA : Puding Kastard

Assalamualaikum, hi


Tiba-tiba je mood nak buat ((PudingKastardBerkuah)). Entah rajin pula nak buat. Sebab resepi dia mudah dan memang dah ada kat rumah.. Sebelum ini, try buat ((PudingSaguBerkuah)) ft. kakak. Bolehlah sedap. Tengok tangan siapa yang buat. Hihihihi

Sebenarnya memang tak tahu macam mana nak buat puding dia. 

"Ma, nak search apa kat google?" -Ma
"Search je 'puding kastard jagung'?- Me

*dalam.hati.macam.pelik.je.Ape-ii.jelah.kita.search.je

Okey,  masukkan 1 cawan tepung jagung, masukkan sedikit *je tepung kastard. Kacau punya kacau pelik juga sebab takde warna oren.  Guna pewarna kah? Jadi search balik resepi "PudingKastardBerkuah". Rupa-rupanya guna tepung kastard je, takpayah nak tepung jagung bagai. Duk rajin pergi letak perkataan jagung watpe. Aish. Nasib 1 cawan je kita membazir. 

"Bukan selalu"

Sebelum itu, buat dulu kuahnya a.k.a susu. Kalau nak wangi letak dengan pandan. Guna susu cair yang dalam tin. Nak guna susu segar pun boleh jugaaaa..

Paling tak suka bila masak apabila masuk part 'mengodeh'. Tangan lenguh tak terkata. Sebab kalau nak buat puding kastard kena kacau sentiasa. Jadi, bila 'mengodeh' selang-seli. Kejap, ziqah. Kejap, maakkk. Kita mengodeh, maa layan facebook. Maa mengodeh, kita baca novel. 

Then, letak dalam bekas pastu sejukkan dekat kipas. Mana boleh letak dalam peti sejuk, panas-ii. Ada rosak. Sejam kemudian, baru masuk dalam peti sejuk. Tak sampai 10 minit, pudingnya dah dikeluarnya akibat kakak sulung 'dah tak sabar' nak makan. HAHAHAHA


Rating 1-10? Bagi 8 je kot. Hahahahaha. Padahal kita yang buat. Sebab terlebih 'sikit' keras. Apapun, first time kan. Tapi.....cukup rasa.........sedap....... Rugi dekat kakak lagi seorang sebab tak dapat merasa air tangan adiknya yang manis.comel... eh??

Next mission "Ke-Dapur"? InshaALLAH. Coming soon. Kalau ada masa, kita update k dekat blog


SticyNotes
~ my birthday is coming soon. Almost 1 week !!!!!
~ geram! semua tak lepas. Sabar.Sabar.Sabar
~ jemput baca (link)


Wassalam, bye

Qoute Of The Day : Pengunaan Otak Tangan Kanan dan Kiri


Assalamualaikum, hi



x x x x x x x x x x x x x x x x x x x




Fakta ada mengatakan bahawa jika ibu merupakan tangan kidal, maka berkemungkinan anaknya ramai kidal juga. Pada aku, hipotesis ni dapat diterima. Sebab mak menggunakan anak kidal dan 2 orang akak pun sama. Kidal. Jadi, dalam adik-beradik aku seorang je ikut jejak ayah iaitu tangan kanan. Em, kesian


Wassalam, bye!

Please Jaga Adab

Assalamualaikum, hi

Image result for sombong

Entry kali ni bukan cerita bukan daripada aku sendiri tetapi cerita ni serius tak tipu. Cerita ini diceritakan oleh sis. Ceh gaya macam cerita seram je. Seram sejuk tak?? hihi

Akak sulung balik kerja dalam pukul 5.30pm. So, time akak kedua tengah cuti sem dia la ditugaskan ambil akaknya kat Pasti. Tak sah kalau sehari dalam seminggu tak pergi pasaraya yang terdekat. Ofkos la beli makanan untuk mengenyangkan perut atau istilah paling tepat adalah mengemokkan badan. Air nutrigen, jajan, air nutrigen, jajan, Tu je la.

Time nak bayar tu emm, cashier tu nak masukkan makanan orang macam "harta" dia. Hempas-ii kat meja bagai. Dengan mukanya masam cemberut. Fikir lawa la tu. Serasa macam kita ni berhutang dengan dia. Padahal kuli je. Kerja makan gaji. Kot kalau dah kerja dah rasa diri tu mem-besar gamaknya. Tahu la penat kan. Dalam hati geram je. Macam mana lah boleh jadi 'cashier'. Tak mesra langsung. Cubalah jaga adab sebagai penjual. 

Kejadian macam ni bukan berlaku pada akak aku seorang je. Ada seorang friendlist fb akak ada update status berkaitan dengan hal ni. Siap ayat dia tulis 'kurang ajar' HAHAHA. Kalaulah tuan empunya badan baca, kot-ii berubah sikap ataupun berhenti kerja em.

So, baru semalam kaki aku menapak ke pasaraya tu. Selain membeli barang, tujuan aku nak tahu siapa gerannya? Cari punya cari last-ii akak kedua kata "shif dia bukan petang ni". i was like alaaaaaaaaa. Sadishhh

Kalaulah hari lain pergi pastu ada 'budak' tu memang aku takkan bayar dekat tempat dia. Tak kesah la kena beratur panjang pun. Sombong yang amat. Macam nak senyum tu berat sangat ea. Em. People nowdays

Wassalam, bye!

Poem : Superhero Of My Heart

Assalamualaikum, hi gais


On last year, I join Poem Competition organized by English Club. After 1 month. my teacher was announced who the winners in Poem Competition. I got 3rd place! Seriously, I not expected tha i can won even 3rd pace. Maybe my teachers were "impressed" aboaut my poem. HAHAHAHA. Even though I wrote the poem like a "cincai" word. My grammar also was very bad. EHEHE. This is just my opinion. So, my poem was publish in Biduk Digital School Megazine. This picture I was SS at there. Thanks for reading. Enjoy xx




Sorry if my broken english. Heheh. My word not you !


Wassalam, bye