Jatuh Tangga

14:26


Assalamualaikum, hi


Selama aku hidup 17 tahun 10 bulan 5 hari, momen pahit aku yang paling scary adalah "Jatuh". Jatuh tangga, jatuh masa berlari, jatuh hati. Eh ?. So, kalini nak share sikit pengalaman jatuh tangga, jatuh dari tempat tinggi. 


PENGALAMAN PERTAMA

Pergalaman pertama aku jatuh  bukan dekat rumah sendiri dan , tapi di rumah arwah nenek. Ni bukan jatuh tangga, Biasalah kalau rumah kayu mesti ada tempat tinggi dan rendah. Kiranya aku jatuh dari tempat tinggi ke rendah la gitu. Pengalaman pertama ni aku tak berapa nak ingat sangat sebab time tu aku dalam umur 3 atau 4 tahun itulah. Sebab aku jatuh pun dah tak ingat. Tapii bila ma kata "kau tak menangis pun, diam je" aku gelak je. Pelik juga kan tak nangis. Tak sakit la tu. Masa kecil aku ni pendiam, tak reti bercakap. Nah, dah besar dia la heronya.



PENGALAMAN KEDUA



Pengalaman kedua aku boleh dirumuskan dalam gambar di atas. Eh gambar kedua takda tangan la. Lupa pula nak lukis. Emm whatever. Ok berbalik pada cerita, pengalaman yang ini pun terjadi masa aku dalam umur 4 atau 5 tahun. Ni jatuh dekat rumah sendiri. Sebab jatuh pun tak ingat. Tapi yang pasti memang jatuh macam KEK GULUNG. Berguling-guling sampai ke pintu rumah. Tak sangka pula, gigi boleh tercabut. HAHAHAHA. Paling penting kali kedua nii pun tak menangis. Diam membisu. Macam takda perasaan.



PENGALAMAN KETIGA

Pengalaman jatuh tangga yang paling latest. Masa form 3 rasanya ke form 4. Tak ingat pula. Tapi pengalaman ini memang aku ingat sampai sekarang. Ceritanya bermula dari aku bergurau dengan parents aku dekat tingkat atas. So, dah lepas bergurau berbual bagai nak ke tingkat bawah laa. Sampai ke tangga yang paling luas aku gi menari-nari la. Tak tahu pula kat situ ada ubat nyamuk. Dah la hari tu ayah letak ubat nyamuk guna pinggan kaca. Tanpa sengaja, aku pergilah pijak. Bila takdapat nak kawal dia terjatuh pula. Dia punya terjatuh macam Superman kehabisan bateri. Nak bangun pun tak boleh. Kakak-ii aku tengok terkejut time jatuh kat tangga tu. Bila dah jatuh sampai ke tingkat bawah. Kakak aku cakap "dek kaki berdarah". Terkejut beruk aku bila dia cakap gitu. Sambungnya "banyaknya darah". Ingatkan sakit sebab kena api dekat ubat nyamuk tu je. Bersungguh kakak pergi lap darah yang ada kat lantai. Time tu nak pandang darah pun jadi takut. Ayah pergi kutip kaca. Ma pula membebel "lain kali nak berjalan tu hati-ii sikit". Lepastu, bila tengok dekat tapak kaki "emm banyak je calar" Pengalaman ketiga ni menangis pula. Mula-mulanya. Then, gelak. HAHAHAHA. Keesokannya ma kata sebelum tu dia rasa tak sedap hati bila ayah pergi letak pinggan kaca. Sebab selalunya pinggan plastik. Dia takut kalau orang langgar. Last-last, aku juga yang langgar. ehehe. Sejak tu, guna pinggan plastik je.



Buat masa sekarang, nasib tak pernah jatuh tangga dekat sekolah ke, shopping complex. Kalau jatuhlah, tak tahulah muka ni nak letak kat mana. Maluunyaaaaaa...

Moral of the story : Jalan tu biarlah hati-hati. Kalau tidak, buruklah padahnya. Eheh. Cik Haziqah bermadah pulaa..


Wassalam, bye

You Might Also Like

6 comments

  1. Selamat bukan sudah jatuh di timpa tangga. Hehe

    ReplyDelete
  2. I'm sorry but I laughed so hard at the pictures hahaahahahaha saya pun selalu jatuh tangga dekat asrama dulu. selalunya orang jatuh tangga bila nak turun, tapi saya nak naik tangga pun pernah tersadung and jatuh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh mcm tu pula ceritanya. Btw, tq sbb terhibur ble tgk pic tu . Ehehe

      Delete
  3. Lain kali kena lebih berhati-hati dengan tangga expecially eskalator.
    Ha! komen mak-mak cenginiler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalau eskalator tu bhaya skit .

      Delete

Thanks you for reading and comment