Qoute Of The Day : Pengunaan Otak Tangan Kanan dan Kiri


Assalamualaikum, hi



x x x x x x x x x x x x x x x x x x x




Fakta ada mengatakan bahawa jika ibu merupakan tangan kidal, maka berkemungkinan anaknya ramai kidal juga. Pada aku, hipotesis ni dapat diterima. Sebab mak menggunakan anak kidal dan 2 orang akak pun sama. Kidal. Jadi, dalam adik-beradik aku seorang je ikut jejak ayah iaitu tangan kanan. Em, kesian


Wassalam, bye!

Please Jaga Adab

Assalamualaikum, hi

Image result for sombong

Entry kali ni bukan cerita bukan daripada aku sendiri tetapi cerita ni serius tak tipu. Cerita ini diceritakan oleh sis. Ceh gaya macam cerita seram je. Seram sejuk tak?? hihi

Akak sulung balik kerja dalam pukul 5.30pm. So, time akak kedua tengah cuti sem dia la ditugaskan ambil akaknya kat Pasti. Tak sah kalau sehari dalam seminggu tak pergi pasaraya yang terdekat. Ofkos la beli makanan untuk mengenyangkan perut atau istilah paling tepat adalah mengemokkan badan. Air nutrigen, jajan, air nutrigen, jajan, Tu je la.

Time nak bayar tu emm, cashier tu nak masukkan makanan orang macam "harta" dia. Hempas-ii kat meja bagai. Dengan mukanya masam cemberut. Fikir lawa la tu. Serasa macam kita ni berhutang dengan dia. Padahal kuli je. Kerja makan gaji. Kot kalau dah kerja dah rasa diri tu mem-besar gamaknya. Tahu la penat kan. Dalam hati geram je. Macam mana lah boleh jadi 'cashier'. Tak mesra langsung. Cubalah jaga adab sebagai penjual. 

Kejadian macam ni bukan berlaku pada akak aku seorang je. Ada seorang friendlist fb akak ada update status berkaitan dengan hal ni. Siap ayat dia tulis 'kurang ajar' HAHAHA. Kalaulah tuan empunya badan baca, kot-ii berubah sikap ataupun berhenti kerja em.

So, baru semalam kaki aku menapak ke pasaraya tu. Selain membeli barang, tujuan aku nak tahu siapa gerannya? Cari punya cari last-ii akak kedua kata "shif dia bukan petang ni". i was like alaaaaaaaaa. Sadishhh

Kalaulah hari lain pergi pastu ada 'budak' tu memang aku takkan bayar dekat tempat dia. Tak kesah la kena beratur panjang pun. Sombong yang amat. Macam nak senyum tu berat sangat ea. Em. People nowdays

Wassalam, bye!