#1 Dari Dapur CikHA

17:06

Assalamualaikum, hi


Tiba-tiba je mood nak buat ((PudingKastardBerkuah)). Entah rajin pula nak buat. Sebab resepi dia mudah dan memang dah ada kat rumah.. Sebelum ini, try buat ((PudingSaguBerkuah)) ft. kakak. Bolehlah sedap. Tengok tangan siapa yang buat. Hihihihi

Sebenarnya memang tak tahu macam mana nak buat puding dia. 

"Ma, nak search apa kat google?" -Ma
"Search je 'puding kastard jagung'?- Me

*dalam.hati.macam.pelik.je.Ape-ii.jelah.kita.search.je

Okey,  masukkan 1 cawan tepung jagung, masukkan sedikit *je tepung kastard. Kacau punya kacau pelik juga sebab takde warna oren.  Guna pewarna kah? Jadi search balik resepi "PudingKastardBerkuah". Rupa-rupanya guna tepung kastard je, takpayah nak tepung jagung bagai. Duk rajin pergi letak perkataan jagung watpe. Aish. Nasib 1 cawan je kita membazir. 

"Bukan selalu"

Sebelum itu, buat dulu kuahnya a.k.a susu. Kalau nak wangi letak dengan pandan. Guna susu cair yang dalam tin. Nak guna susu segar pun boleh jugaaaa..

Paling tak suka bila masak apabila masuk part 'mengodeh'. Tangan lenguh tak terkata. Sebab kalau nak buat puding kastard kena kacau sentiasa. Jadi, bila 'mengodeh' selang-seli. Kejap, ziqah. Kejap, maakkk. Kita mengodeh, maa layan facebook. Maa mengodeh, kita baca novel. 

Then, letak dalam bekas pastu sejukkan dekat kipas. Mana boleh letak dalam peti sejuk, panas-ii. Ada rosak. Sejam kemudian, baru masuk dalam peti sejuk. Tak sampai 10 minit, pudingnya dah dikeluarnya akibat kakak sulung 'dah tak sabar' nak makan. HAHAHAHA


Rating 1-10? Bagi 8 je kot. Hahahahaha. Padahal kita yang buat. Sebab terlebih 'sikit' keras. Apapun, first time kan. Tapi.....cukup rasa.........sedap....... Rugi dekat kakak lagi seorang sebab tak dapat merasa air tangan adiknya yang manis.comel... eh??

Next mission "Ke-Dapur"? InshaALLAH. Coming soon. Kalau ada masa, kita update k dekat blog


SticyNotes
~ my birthday is coming soon. Almost 1 week !!!!!
~ geram! semua tak lepas. Sabar.Sabar.Sabar
~ jemput baca (link)

Wassalam, bye

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya! Dah la memang fav puding kastard berkuah ni hehehe. Rasa nak buat pulak tapi takda bahan.

    ReplyDelete
  2. boleh laa boring boring buat nie hakhak. dah laa suka manis manis nie haha

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment