Bila Gemuk be like . .

13:35

Assalamualaikum, hi


First expression adalah 'terkejut'. Padah lagi me'ngap' je kan tak kira waktu. Apakah itu ??

Jawapannya ' i'm getting fat ' . ahahahaha. 

Berat badan diidamkan adalah dalam lingkungan 39/40kg. Itulah berat badan ideal. Jangan tanya kenapa berat yang diidamkan  terlalu kurus. Sebab tuan belog ni kecik kecik je orangnya. Dengan badan kecik la da ada yang tanya "sekolah form berapa?". See......

Masa 5/3 pergi Selangor. Jadi, berhenti la rehat sekejap dekat RR. Lagipun, perjalanan ambil masa 6 jam. Lemau la driver kalau tak berhenti kan. Malam pula tu, dalam pukul 3 pagi. Haaaaa seram. Kan kalau dekat RR mesti ada tempat timbang elektrik yang kena masukkan 20 sen. Mula-ii taknak, pastu kena desak dengan akak 'timbang dik'. Dah masukkan 20 sen dalam tokan tunggu la keluar angka dekat skrin. Alangkah terkejut beruk. Ni terlebih ahahahaah. 42kg. Maybe 'rosak kot penimbangnya' bersangka baik tauuuu. Dalam masa beberapa bulan 6 kilo naik. Manaaa tak terkejut. 
 
last timbang masa bulan 10 tahun lepas. Kalau dulu-ii bila lepas timbang mesti 'melepaskan keluhan' tanda kecewa. Mana tidaknya, makan banyak, tapi tak naik. Kadang-ii turun. Pelik. Kawan lain bising 'berat naik berat naik' 


Sejak menanam anggur belakang rumah, nafsu makan semakin meluak-luak. Makan, kemas rumah, layan handphone, makan, tengok tv, memasak, layan laptop, makan, tidur. See.... tiap masa makan. makan. makan. makan. Kalau beli makanan dengan PJ mesti orang first yang kongker, lepastu arah orang ni makan banyak mana. Sebab makanan pun boleh bergaduh tau dengan kakak-ii. Sebenarnya banyak lagi makanan yang dingap tiap hari. Entahlah apa reaksi kawan bila jumpa 16/3. Ini bukan Ziqah yang mereka dikenali. Mesti kata 'gemok dah'. Alangkah letak gambar muka kat whatsapp kawan kata 'gemok ah'. Ulang balik 'muka' jee. Pelik




Then, try la baju yang dah lama baju yang lama tak pakai. Last pakai bulan 11. Ya Allah, ketatnya. Dulu pakai bukan main sekeping takde isi. Kakak-ii apalagi menganjing 'adik gemok, adik gemok'. Muka pun dah macam donut. Lagi comel dari donut versi makanan.

For now the mission is back to normal. Makan jangan over sangat. Makan jangan tak ingat dunia. 

Tiba-tiba pagi tadi terdetik nak dengar satu lagu ni. Biasanya bila bukak radio klasik mesti ada lagu ni, Tapi, dah lama pula tak dengar. So, enjoy guys.




sticky notes
~ 8 hari je lagi. siapa tanya time nanti memang kena block ahahahaha. even bagus punya result. harapnya. hahahhahaha
~ my birthday turns 18 tak lama lagii. ada ke nak bagi hadiah ? ahaha. gurau
~ kalau free tak buat ape-ii, jemputlah ke laman wattpad utk baca novel yg ditaip sendiri oleh saya. @nrliya . komen dan undi tauuuu
 

Wassalam, bye

You Might Also Like

3 comments

  1. Berat saya 44kg tapi sangat skinny. Berat tak suit dengan body size.

    ReplyDelete
  2. untungnya berat badan 42kg. elsa dah 55kg tau haih tak duduk rumah pun bekerja je tapi beratnya mengalahkan orang dah kahwin huhuhu

    ReplyDelete
  3. wow! Still ringan lagi tu. hihi

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment