The Blue Sky Tag

Assalamualaikum and hi




I got a chat from  Mardhiyyah Rosli to answering her questions….

 So,…. This is my answer

1. Tell me about yourself.
My name is Haziqah Aliah. So, you can call me Ziqah or Lia.. I am 18 years , 1 month 12 days on 16 May 2017. I was studied at SMKSM as form 6 student. Inshaallah, one day I will want to be a teacher or account.. ((or both?)). When I was boring, I will open my blog to write anything in my mind. I love to make family and friends happy. Hahahaha. Okay, that’s all my intro about myself

1.      2.  If you are given RM 1M, what you are going to do with it?
If I are given RM 1 million,………
 I will bring my all family to Mecca.
I want to travel around the world.
I want to give charity to the needy
I can buy what I want to do

1.      3. If you have a superpower, what kind of superpower you want?
If I have a superpower, …….
I want to disappeared my haterss
I want get a best student. Hehehe

1.       4. Between anime and k-drama, which one do you like the best? State your favourite anime/k-drama.
Actually I’m not anime and k-drama fans. But,of course I still prefer k-drama. I just like “W” movie. I like to watching Lee Jong Suk’s character. Hahaha

5. What is your ideal man/woman?
1. My ideal man is...
Handsome, of course. Hahaha
Clever
Not stingy
Obey the command of Allah

1.     6.  If you are given to choose to stay in one of the four seasons(summer, winter, spring and fall), which seasons you choose and why?
Season I choose is spring. It is because, I can imagine I was running sorrounded by flower with my hero.. ((janam janam janam))

1.       7. What is your favourite band/musician?
My favourite band is…….
Big Bang ((since 2013))

1.      8.  What is your favourite school subject?
My favourite school subject are…..
Mathematics
Account ((still number and number))

1.       9.Write about a lesson that you've learned the hard way.
Do not make a evil to other people

1.       10.What is your favourite food?
My favourite food are …….
Satay
Nasi Ayam

1.     11. What are the things that make you laugh out loud?
 The things make me laugh out loud….
 when my friends make a crazy fun
when I read instagram post about joke and caption((@lawak_hambar))


Done answering your questions even late hihihi. Thanks you for tagged me. Sorry, I did not prepare the questions. Busy life. Also, sorry for typo, wrong grammar.


Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 3)

Assalamualaikum, hi

Ada lagi.... Part 3. Malas nak bercampur dengan part 2. Ini special part punya. kihkihkih

Selasa (09.05)
Sebenarnya hari tu malas nak datang, tapi apabila fikir balik, macam best je. Tu yang datang……

SEHARI BERSAMA SENIOR VS JUNIOR

Pertandingan Petanque, Netball, Futsal
Pertandingan tu diwakili oleh 2 team senior dan 2 team junior. Aku cuma jadi penonton yang setia di tepi padang sambil tangannya memegang bubur dan air jagung. Hihihi. Pertandingan petanque dengan futsal aku tak tengok. Tengok pertandingan netball je. Sebab pemain yang diwakili oleh junior tu  memang awesome laa. Kesian, akak senior..... akhirnya team junior la menang. Yeayy


Treasure Hunt

Okey, daripada 11 orang team Dextorous D-Luffy bertukar jadi 9. 2 orang tak hadir. Hasbu dengan Salwa rasanya. Jadi, dari 9 orang bertambah lagi 2 orang. Azri dan Myra. Kiranya satu stesen ada 2 group la. Berlawanan. Group aku berlawanan dengan group ke 6. Nama groupnya……. Maaf tak ambil tahu. Hehehe

Stesen 1 :
Stesen ini ialah baca sambil kemam lada. Satu orang je yang akan hadap cabaran ini. Sharul yang volunteer nak. Sebelum tu, setiap group dibekalkan oleh  1 biskut. Kiranya macam barang berharga la. Dan… kena mempersembahkan tagline group…… Hmmm, memang pijar ahh mulut bila kemam lada inii

Stesen 2 :
Antara banyak-banyak stesen, stesen inilah yang paling best dan ekstrem. Kiranya menguji kekuatan diri la. Ceh. Stesen ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian 1, berlari sambil masukkan kaki kat dalam tayar. (betulke apa yang aku explain ini?) . Jangan ingat kaki pendek macam aku ini tak reti buat. Laju lagi tauu. Bahagian 2 kena lepaskan diri tanpa ada bahagian badan kena kat tali. Hm, nasib kecik je. Tak perlu minta bantuan orang. Bahagian 3, ni paling mencabar. Hayunkan badan dengan tali. Dari satu tayar ke tayar yang lain. Yang ini aku kena cuba 2 kali. Pertama kali, hm terjatuh pula. Kali kedua, lagi sedikit nak jatuh tetapi nasib ramai bodyguard yang pegang. Apapun, tetap BEST!!!! Group ke 6 kena denda. Group kami?? menang untuk stesen ini. Sementara group 6 melakukan hukumannya, group kami disuruh nyanyi lagu penguin. 

Kekurangan model lipstick?
Panggil lah kami....

Stesen 3 :

Paling tak suka stesen ini la. Sebab apa? Bacalah sampai habis. Stesen ini menguji minda. “Spelling”. Dah la dapat perkataan yang susah. Akhirnya, hanya 4 sahaja huruf yang betul. Kalah dengan pasukan lawan. Akibatnya, muka kena calit lipstick. Kalau kakak upper calitkan takpe la. Ini tidak, yang calitkan tu budak dari group 6. Hmmm, kawan yang pergi calitkan. Gaya dah macam kucing parsi yang comel je. Heheheh. Budak arus perdana, tengok lain macam je kami. Hahahaha. Esoknya, muka banyak keluar jerawat. Dah la kulit sensitive

Comel bukan?

Stesen 4 :
Stesen ini dah macam game show Padan Muka je.. Tutup muka sambil masukkan tangan kat dalam baldi. Kena ambil guli kat dalam baldi. Seram sehhh. Akak akak junior bukan main menakut nakutkan …… dalam hati “hm tak lawak langsung nak takutkan orang” … Nak masukkan tangan pun dah teragak-agak je. Dah la mata kena tutup bila masukkan tangan dalam baldi tu rasa macam benda lembik lembik. Dalam hati rasa macam permainan yang lembik lembik tu. Dalam pada tu, ada juga kawan group yang menjerit jerit. Hahahahaha. Bila buka mata, nak tahu ada apa di sebalik baldi? CINCAU….. Hahahahaha. Ada kawan yang dapat rumput la, cacing la.. Paling best…. Ada yang dapat katak. Siap buat bunyi lagii

Stesen 5 :
Stesen ini pula ialah kawat kaki. Nasib ada asas kawad kaki itu tak kekok sangat. Okey, dah tak tahu nak mention apa. Apapun, enjoyzzz.

The end.....


kalau pada pandangan orang Aku, Ecah dengan Cima berjanji pakai pakaian sama warna, corak(songket,, Lain-ii) gaya baju..... tetapi pada pandanagn kami, takda pun berjanji bagai... tup-tup sama.

khamis 2 minggu lepas..... pakai baju sama kaler cuma tone je beza sikit, corak puplum 
me : eh, sama 
ecah : dah agak, 

ahad lepas.... sama kaler. nak apa lagi samaa.......

isnin lepas...... pakai kain plain cuma kaler lain je........

khamis lepas...... tiga-tiga pakai corak songket....  padahal takde pun chat pakai baju yang sama, cuma ecah je la chat boleh pakai ke tak. tapi, tak expect dia pun pakai

ahad (harini)...... ketiga-tiga pakai baju jubah kaler hitam. hmmm

Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 2)

Assalamualaikum, hi

Kita continue untuk hari yang seterusnya......


Ahad (07.05)

PENAMPILAN ETIKA
Sesi penampilan etika memang tak membosankan langsung. Lagi-lagi cikgu yang dikendalikan memang sporting gilosss.. gelak itu memang dah menjadi kebiasaan time sesi ini. HAHAHAHA. Penampilan etika menekan 3 aspek iaitu pakaian, kebersihan fizikal dan mental. Huraiannya malas sis nak menaip, cukuplah tersemat di dalam mindaaaaa.

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Bila dah bab taklimat ini mulalah mata ini dah mula mengantuk. Maklumlah bukannya cukup tidur sangat pun. Malam ahad dukk pergi layan gema gegar vaganza tu.. paginya bangun pukul  6(ni dikira lewat) . Memang tak pernah serik asyik kena bebel siap lambatttt. Sudahlah sekolah jauh.. ok lupakannya….. taklimat mata pelajaran MUET,  PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU.. Hm, MUET cikgu kata kena dapat sekurang kurangnya band 2. Tapi lebih bagus dapat band 3 ke atas. Kenapa perlu INGGERIS. Sudah la specking INGGERIS ke laut. Apatah lagi grammar, writing bagai. Tapi Inshallah, belum cuba belum tahu. Pengajian Am pula mata pelajaran yang WAJIB diambil dan WAJIB lulus.Nak kata susah, tak tahu la. Bilaa tengok result my sis, dia dapat pointer 3.33 dalam PA. Hm, otak lainlain. BAHASA MELAYU………. Bila tengok balik buku rujukan macam senang je.. Cuma,….. bab karangan la yang menyulitkan sedikit. Iyelah, kadang-kadang bila tengah belajar otak jammed.. bila exam, cepat pula tangan menulis.

Isnin (08.05)

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Ok, ini sehari taklimat mata pelajaran. Pagi-pagi je otak fresh dengar. Bila lepas rehat, naik mengantuk mata….. Nak berbual dengan kawan sebelah pun nak naik malas…. Bilalah cik Haziqah ini mahu berubah ke pangkal jalan. Makin teruk perangai. Hish hish hish

Ekonomi : inilah matapelajaran yang paling susah dalam bidang kemanusiaan. Tapi paling senang dalam bidang sains. Siapa yang ambil ini memangg otak dia nii geliga math moden & add math. Dulu sekolah lama ada juga tawarkan kos ini, tapi dah lama dibubarkan. Sebab ramai yang fail. Bila search google “ekonomi senang atau tak?” bila buka satu blog tu ada entri “ekonomi mata pelajaran senang skor” ehhhh??????

Pengajian Perniagaan : orang yang nak ambil PP ini kebiasaannya mesti ada asas akaun, ekonomi atau perdagangan. Haaaa, macam saya laa. Tapi dah tak ingat sangat.. Samar-samar sahaja. Inshaallah, kalau ambil boleh bawa dengan jayanya jika rajin membaca like me. Hahahahaahaha

Geografi : mata plajaran ini yang my sis suggestkan untuk aku…. Sebab kata dia senang. Lagipun, cikgu yang ajar ini merupakan cikgu yang aku kenal.. bentuk muka bumi bagai la, peta dunia la.. whatever la. Maaf, malas nak menaip sebenarnya ini
#Sebenarnya ada lagi seperti sejarah, sains sukan, seni, kimia, matematik tulen. Tapi tu out of my list. Malas nak mention.


Khamis (11.05) 

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (BM dan BI)
Pada mulanya nak masuk pertandingan ini, tapi dah penuh pula. Apa yang boleh buat, jadi penonton la. Ada yang best, ada yang kurang. Kalau yang best tu memang kusyuk mendengar. Kalau yang kurang tu faham-fahamlah.

MAJLIS PENUTUP
Majlis yang dinanti-nantikan. Ucapan oleh ketua pelajar lower, guru-guru. Lepastu, penyampaian hadiah. Tak sangka juga group Dextorous D-Luffy memenangi  tempat 1 dalam ice breaking. Alhamdulillah. Ini adalah ‘teamwork’ yang berjayaaaaaaa. Cehh. 

Ahad (14.05)

TAKLIMAT KOKURIKULUM
Sebenarnya, taklimat ini pada masa hari Khamis tetapi cikgu yang kendalikan sibuk. Jadi, ditukarkan pada hari ini. Kalau dulu markah koko akan dicampurkan dengan SPM. Tetapi, sekarang tidak lagi. Kena pandai la ini cari markah koko. Join tu join ni. Kalau masa sekolah-sekolah dulu sejak darjah 2 hingga 6 dan tingkatan 3 hingga 5 jadi pengawas. Inshallah, masa ini nak jadi pengawas lagi. hehehe

PEMBAHAGIAN KELAS
Alhamdulillah, dapat kelas yang aku pilih. Sebelum ini, buntu gilaaww sebab ramai sangat pilih kelas tu. Inshaallah, harap dapat sesuaikan diri lah. Hahaha (gaya macam budak darjah 1 je). Alhamdulillah sama kelas dengan Aisyah, Cimon, Anis dan Azza. Memang best dapat geng-ii harok ini. hahaha

# Untuk siapa yang berjanji nak belanja tu, silalah tunaikan janjii anda tu ya huhuhhuhu


Wassalam, bye

Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 1)

Assalamualaikum, hi

Setelah lama duduk rumah dan akhirnya kembali ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 6. Cuma tak best je, kena tukar sekolah.  Sebab tahun ini gabungkan semua sekolah kepada satu. Jadi, jauh sikit la berbanding sekolah lama. Even sekolah baru tapi sekolah lama tetap menjadi No. 1 di dalam hati. Hahahaha. Sekolah biasa(lama) Vs Kluster (baru). Jadi, suasana sekeliling pun berubah daripada kebiasaanya.

2 Mei : Pendaftaran
Secara keseluruhannya, sekolah paling ramai pelajar yang daftar of course la dari sekolah aku. Dah namanya pelajar paling ramai dlm daerah, memang ramai yang daftar. Orang tak expect masuk form 6, pun masuk.


2 Mei : Taklimat
Haaaa, ini waktu yang paling bosan.  Ditambahkan lagi dengan duduk belakang sekali sebab tak cop tempat terlebih dahulu. Hmmm, mengantuk sis. Syah dengan Cima asyik berbual je kat sebelah. Menyampuk pun tengok pada tempatnya. Yessss, sebab dah form 6, pelajar dibenarkan bawa phone laaa. Apa lagi taklimatnya??? Hmm tak ingat


3 Mei : Ice Breaking
Sebenarnya, masa ini rasa malas nak datang sekolah. Lagipun, demam. Tapii, gagahkan diri pergi sekolah. Bangun pagi terus makan biskut dan ubat.

Paling best aktiviti inilah…. Sebab dapat kenal ramai kawan baru. Aktiviti ini dikelolakan oleh cikgu Aziz. Dibahagikan oleh 10 group. 1 group mewakili 10 orang. Tapi group aku ada 11 orang. Sebab ada 101 orang yang hadir. Tapi rasanya akan bertambah masa aktiviti selasa nanti.

Dari 5 sekolah berlainan dalam satu group. Anis, Sharul, Acha, Mira, Hasbu, Sofia, Wan, Salwa, Firdaus dan Qila. Anis, Sharul dan Acha merupakan kawan sekolah dulu. Bila dah form 6, orang yang tak pernah berbual sejak form 1 sampai form 5 dah boleh jadi ngam… Dulu kat sekolah lama, nampak je buat tak tahu je. . Sekarang jumpa,…. Macam dah pernah berbual panjang sebelum ini. 
Siapalah lagi, Sharul la orangnya. HAHAHAHAAH…. Ketua dalam group, Hasbu. Sebab dia penduduk asal sekolah inii. Jadi, dia lebih tahu segalanya. Ceh. “Dextorous D-Luffy” haaa, ini nama group. Mula-mula memperkenalkan diri masing-masing. Seterusnya, buat logo group, motto, kata-kata semangat dan present di depan. Macam-macam gelagatttt bila group-ii lain present. Hmmmm, gelak memanjang. Mudah terhiburrr  laaaaa. Semua sporting belakaaa. Dari mengantuk terus tak jadii


4 Mei : Taklimat HalaTuju…. Selepas Form 6
Taklimat ini dikelolakan oleh cikgu kaunselor. Isi borang Psikometrik bagai. Seterusnya, memberitahu apa kebaikan form 6. Hmmmm, kadang-kadang bosan juga dengar apa kebaikan form 6 ini… maklumlah, adik-beradik semua generasi form 6. Jadi, dah kerap sangat dengar. Alhamdulillah, seorang daripada sis dapat melanjutkan peringkat ijazah. Seorang lagi, cikgu dah. Kita seorang je belum lagi …..  duduk bawah ketiak mak…. Masuk form 6 ini, yuran murah, makanan sedap ((duduk rumah okay)), …. Apa lagi ekk. Hehee


Ada lagi 5 hari orientasiiiiii… Lamanyaaaaaa ada masa kita update lagi yaaa
#malas nak upload gambar..... Inshaallah Part 2 ada la nanti


Wassalam, bye

Meet And Great!

Assalamualaikum, hi


Hari ini bekas cikgu sekolah meraikan 'kami' yang mendapat A dalam matapelajaran Sejarah SPM 2016. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar dan jayanya. Hehehe. Bagi aku, ini merupakan kali kedua cikgu sejarah meraikan selepas PT3 tahun 2014. 

Mula-mula, terbaca update cikgu dekat facebook berkaitan dengan 'ingin' meraikan majlis ini dekat KFC. Dalam hati malas je nak pergi. Lagipun, fikir juga siapa nak hantar nanti. Then, selepas beberapa hari kawan whatsapps. "Pergilahh, ziqah!" "Pergilah". Akhirnya, setuju juga nak pergi. Eh, siapa nak hantar? Haaaa...... kebetulan pula kakak cuti mid-sem. Bagusssssss

Paling menyampah bila orang whatsapps..........
"dah sampai"

Tapi batang hidungnya tak kunjung tiba. Yesss, itu lah dirasakan oleh aku. Tunggu kawan depan KFC.... nasib sekejap je. Bila tanya balik........

"kata dah sampai, asal aku sampai dulu" - Ecah
"aku tanya kau dah sampai ke belum" - Me
*dalam hati lupa nak letak (?) ke?

Muka first nampak bila masuk KFC ialah... kawan sekelas. Azza dan Farah. Dari 15 orang dapat A budak kelas Amanah. Hanya 4 orang je nampak muka. Hahahhahahahaah. Lambat tunggu makanan sampai, jadi.... banyak la kami gossip kan. Perempuan.... biasalah.... gossip 

Bila dah sampai makanan ...... apalagi makan la

Tak sah kalau tak jumpa kalau tak selfie.... hehe......

Kredit : gambar di fb cikgu.... 
Banyak lagi gambar dekat handphone, cuma malas nak forward dekat lappy. Kalau ada masa kita upload dekat IG// @nrhziiqh_ . Terpromote pula..

Sebahagian yang hadir
Bestari vs Amanah vs Cemerlang vs Dedikasi vs Murni

Dengan bekas cikgu sejarah.
A for AMANAH!!!!
Sejak form 2 sehingga form 5 cikgu ini yang ajar sejarah. Sudahlah cantik sporting pula tu. Heheh

Btw, tak sangka juga SPM sejarah dapat A, padahal soalan.. bukan main susah. Soalan fakta, kita pergi jawab KBAT. Biasalah, rezeki



Sticky notes :  ESOKKKKKK SEKOLAHHHHHH!!!!!  FORM 6!!!!!! GENERASI KE-7 DALAM KELUARGA CUCU TOK AMIN !!!!!!!!!


Wassalam, bye!