Assalamualaikum, hi
Setelah lama duduk rumah dan akhirnya kembali ke sekolah
sebagai pelajar tingkatan 6. Cuma tak best je, kena tukar sekolah. Sebab tahun ini gabungkan semua sekolah
kepada satu. Jadi, jauh sikit la berbanding sekolah lama. Even sekolah baru
tapi sekolah lama tetap menjadi No. 1 di dalam hati. Hahahaha. Sekolah
biasa(lama) Vs Kluster (baru). Jadi, suasana sekeliling pun berubah daripada
kebiasaanya.
2 Mei : Pendaftaran
Secara keseluruhannya, sekolah paling ramai pelajar yang
daftar of course la dari sekolah aku. Dah namanya pelajar paling ramai dlm
daerah, memang ramai yang daftar. Orang tak expect masuk form 6, pun masuk.
2 Mei : Taklimat
Haaaa, ini waktu yang paling bosan. Ditambahkan lagi dengan duduk belakang sekali
sebab tak cop tempat terlebih dahulu. Hmmm, mengantuk sis. Syah dengan Cima
asyik berbual je kat sebelah. Menyampuk pun tengok pada tempatnya. Yessss,
sebab dah form 6, pelajar dibenarkan bawa phone laaa. Apa lagi taklimatnya??? Hmm
tak ingat
3 Mei : Ice Breaking
Sebenarnya, masa ini rasa malas nak datang sekolah. Lagipun,
demam. Tapii, gagahkan diri pergi sekolah. Bangun pagi terus makan biskut dan
ubat.
Paling best aktiviti inilah…. Sebab dapat kenal ramai kawan
baru. Aktiviti ini dikelolakan oleh cikgu Aziz. Dibahagikan oleh 10 group. 1
group mewakili 10 orang. Tapi group aku ada 11 orang. Sebab ada 101 orang yang
hadir. Tapi rasanya akan bertambah masa aktiviti selasa nanti.
Dari 5 sekolah berlainan dalam satu group. Anis, Sharul,
Acha, Mira, Hasbu, Sofia, Wan, Salwa, Firdaus dan Qila. Anis, Sharul dan Acha
merupakan kawan sekolah dulu. Bila dah form 6, orang yang tak pernah berbual
sejak form 1 sampai form 5 dah boleh jadi ngam… Dulu kat sekolah lama, nampak
je buat tak tahu je. . Sekarang jumpa,…. Macam dah pernah berbual panjang
sebelum ini.
Siapalah lagi, Sharul la orangnya. HAHAHAHAAH…. Ketua dalam group,
Hasbu. Sebab dia penduduk asal sekolah inii. Jadi, dia lebih tahu segalanya.
Ceh. “Dextorous D-Luffy” haaa, ini nama group. Mula-mula memperkenalkan diri
masing-masing. Seterusnya, buat logo group, motto, kata-kata semangat dan
present di depan. Macam-macam gelagatttt bila group-ii lain present. Hmmmm,
gelak memanjang. Mudah terhiburrr
laaaaa. Semua sporting belakaaa. Dari mengantuk terus tak jadii
4 Mei : Taklimat HalaTuju…. Selepas Form 6
Taklimat ini dikelolakan oleh cikgu kaunselor. Isi borang
Psikometrik bagai. Seterusnya, memberitahu apa kebaikan form 6. Hmmmm,
kadang-kadang bosan juga dengar apa kebaikan form 6 ini… maklumlah,
adik-beradik semua generasi form 6. Jadi, dah kerap sangat dengar. Alhamdulillah, seorang daripada sis dapat
melanjutkan peringkat ijazah. Seorang lagi, cikgu dah. Kita seorang je belum
lagi ….. duduk bawah ketiak mak…. Masuk
form 6 ini, yuran murah, makanan sedap ((duduk rumah okay)), …. Apa lagi ekk.
Hehee
Ada lagi 5 hari orientasiiiiii… Lamanyaaaaaa ada masa kita
update lagi yaaa
#malas nak upload gambar..... Inshaallah Part 2 ada la nanti
Wassalam, bye
Alhamdulillah..selamat melangkah ke tingkatan 6 ya..manfaat rezeki sebaiknya...fokus.
ReplyDeleteSelamat maju jaya dik ^^
ReplyDeleteNice sharing ^^ saya datang nak jemput join giveaway :) akhalilah.blogspot.com/2017/05/giveaway-by-butik-julita-anje-saya-nak.html
kalau dapat panggilan mana2 nanti, caulah.
ReplyDeletekita pun form 6 jugerr! :D - http://sabrinatasha.blogspot.com/2017/05/orientasi-form-6-part-1.html -
ReplyDelete