Minggu Orientasi Tingkatan 6 (Part 2)

19:48

Assalamualaikum, hi

Kita continue untuk hari yang seterusnya......


Ahad (07.05)

PENAMPILAN ETIKA
Sesi penampilan etika memang tak membosankan langsung. Lagi-lagi cikgu yang dikendalikan memang sporting gilosss.. gelak itu memang dah menjadi kebiasaan time sesi ini. HAHAHAHA. Penampilan etika menekan 3 aspek iaitu pakaian, kebersihan fizikal dan mental. Huraiannya malas sis nak menaip, cukuplah tersemat di dalam mindaaaaa.

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Bila dah bab taklimat ini mulalah mata ini dah mula mengantuk. Maklumlah bukannya cukup tidur sangat pun. Malam ahad dukk pergi layan gema gegar vaganza tu.. paginya bangun pukul  6(ni dikira lewat) . Memang tak pernah serik asyik kena bebel siap lambatttt. Sudahlah sekolah jauh.. ok lupakannya….. taklimat mata pelajaran MUET,  PENGAJIAN AM, BAHASA MELAYU.. Hm, MUET cikgu kata kena dapat sekurang kurangnya band 2. Tapi lebih bagus dapat band 3 ke atas. Kenapa perlu INGGERIS. Sudah la specking INGGERIS ke laut. Apatah lagi grammar, writing bagai. Tapi Inshallah, belum cuba belum tahu. Pengajian Am pula mata pelajaran yang WAJIB diambil dan WAJIB lulus.Nak kata susah, tak tahu la. Bilaa tengok result my sis, dia dapat pointer 3.33 dalam PA. Hm, otak lainlain. BAHASA MELAYU………. Bila tengok balik buku rujukan macam senang je.. Cuma,….. bab karangan la yang menyulitkan sedikit. Iyelah, kadang-kadang bila tengah belajar otak jammed.. bila exam, cepat pula tangan menulis.

Isnin (08.05)

TAKLIMAT MATA PELAJARAN
Ok, ini sehari taklimat mata pelajaran. Pagi-pagi je otak fresh dengar. Bila lepas rehat, naik mengantuk mata….. Nak berbual dengan kawan sebelah pun nak naik malas…. Bilalah cik Haziqah ini mahu berubah ke pangkal jalan. Makin teruk perangai. Hish hish hish

Ekonomi : inilah matapelajaran yang paling susah dalam bidang kemanusiaan. Tapi paling senang dalam bidang sains. Siapa yang ambil ini memangg otak dia nii geliga math moden & add math. Dulu sekolah lama ada juga tawarkan kos ini, tapi dah lama dibubarkan. Sebab ramai yang fail. Bila search google “ekonomi senang atau tak?” bila buka satu blog tu ada entri “ekonomi mata pelajaran senang skor” ehhhh??????

Pengajian Perniagaan : orang yang nak ambil PP ini kebiasaannya mesti ada asas akaun, ekonomi atau perdagangan. Haaaa, macam saya laa. Tapi dah tak ingat sangat.. Samar-samar sahaja. Inshaallah, kalau ambil boleh bawa dengan jayanya jika rajin membaca like me. Hahahahaahaha

Geografi : mata plajaran ini yang my sis suggestkan untuk aku…. Sebab kata dia senang. Lagipun, cikgu yang ajar ini merupakan cikgu yang aku kenal.. bentuk muka bumi bagai la, peta dunia la.. whatever la. Maaf, malas nak menaip sebenarnya ini
#Sebenarnya ada lagi seperti sejarah, sains sukan, seni, kimia, matematik tulen. Tapi tu out of my list. Malas nak mention.


Khamis (11.05) 

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (BM dan BI)
Pada mulanya nak masuk pertandingan ini, tapi dah penuh pula. Apa yang boleh buat, jadi penonton la. Ada yang best, ada yang kurang. Kalau yang best tu memang kusyuk mendengar. Kalau yang kurang tu faham-fahamlah.

MAJLIS PENUTUP
Majlis yang dinanti-nantikan. Ucapan oleh ketua pelajar lower, guru-guru. Lepastu, penyampaian hadiah. Tak sangka juga group Dextorous D-Luffy memenangi  tempat 1 dalam ice breaking. Alhamdulillah. Ini adalah ‘teamwork’ yang berjayaaaaaaa. Cehh. 

Ahad (14.05)

TAKLIMAT KOKURIKULUM
Sebenarnya, taklimat ini pada masa hari Khamis tetapi cikgu yang kendalikan sibuk. Jadi, ditukarkan pada hari ini. Kalau dulu markah koko akan dicampurkan dengan SPM. Tetapi, sekarang tidak lagi. Kena pandai la ini cari markah koko. Join tu join ni. Kalau masa sekolah-sekolah dulu sejak darjah 2 hingga 6 dan tingkatan 3 hingga 5 jadi pengawas. Inshallah, masa ini nak jadi pengawas lagi. hehehe

PEMBAHAGIAN KELAS
Alhamdulillah, dapat kelas yang aku pilih. Sebelum ini, buntu gilaaww sebab ramai sangat pilih kelas tu. Inshaallah, harap dapat sesuaikan diri lah. Hahaha (gaya macam budak darjah 1 je). Alhamdulillah sama kelas dengan Aisyah, Cimon, Anis dan Azza. Memang best dapat geng-ii harok ini. hahaha

# Untuk siapa yang berjanji nak belanja tu, silalah tunaikan janjii anda tu ya huhuhhuhu


Wassalam, bye

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment