Assalamualaikum, hi
Ada lagi.... Part 3. Malas nak bercampur dengan part 2. Ini special part punya. kihkihkih
Selasa (09.05)
Sebenarnya hari tu malas nak datang, tapi apabila fikir
balik, macam best je. Tu yang datang……
SEHARI BERSAMA SENIOR VS JUNIOR
Pertandingan Petanque, Netball, Futsal
Pertandingan
tu diwakili oleh 2 team senior dan 2 team junior. Aku cuma jadi penonton yang
setia di tepi padang sambil tangannya memegang bubur dan air jagung. Hihihi.
Pertandingan petanque dengan futsal aku tak tengok. Tengok pertandingan netball
je. Sebab pemain yang diwakili oleh junior tu
memang awesome laa. Kesian, akak senior..... akhirnya team junior la
menang. Yeayy
Treasure Hunt
Okey, daripada 11 orang team Dextorous D-Luffy bertukar jadi
9. 2 orang tak hadir. Hasbu dengan Salwa rasanya. Jadi, dari 9 orang bertambah
lagi 2 orang. Azri dan Myra.
Kiranya satu stesen ada 2 group la. Berlawanan. Group aku berlawanan dengan
group ke 6. Nama groupnya……. Maaf tak ambil tahu. Hehehe
Stesen 1 :
Stesen ini ialah baca sambil kemam lada. Satu orang je yang
akan hadap cabaran ini. Sharul yang volunteer nak. Sebelum tu, setiap group
dibekalkan oleh 1 biskut. Kiranya macam
barang berharga la. Dan… kena mempersembahkan tagline group…… Hmmm, memang
pijar ahh mulut bila kemam lada inii
Stesen 2 :
Antara banyak-banyak stesen, stesen inilah yang paling best
dan ekstrem. Kiranya menguji kekuatan diri la. Ceh. Stesen ini dibahagikan
kepada 3 bahagian. Bahagian 1, berlari sambil masukkan kaki kat dalam tayar.
(betulke apa yang aku explain ini?) . Jangan ingat kaki pendek macam aku ini
tak reti buat. Laju lagi tauu. Bahagian 2 kena lepaskan diri tanpa ada bahagian
badan kena kat tali. Hm, nasib kecik je. Tak perlu minta bantuan orang.
Bahagian 3, ni paling mencabar. Hayunkan badan dengan tali. Dari satu tayar ke
tayar yang lain. Yang ini aku kena cuba 2 kali. Pertama kali, hm terjatuh pula. Kali kedua, lagi sedikit nak jatuh tetapi nasib ramai bodyguard yang pegang. Apapun, tetap BEST!!!! Group ke 6 kena denda. Group kami?? menang untuk stesen ini. Sementara group 6 melakukan hukumannya, group kami disuruh nyanyi lagu penguin.
![]() |
Kekurangan model lipstick? Panggil lah kami.... |
Stesen 3 :
Paling tak suka stesen ini la. Sebab apa? Bacalah sampai
habis. Stesen ini menguji minda. “Spelling”. Dah la dapat perkataan yang susah.
Akhirnya, hanya 4 sahaja huruf yang betul. Kalah dengan pasukan lawan.
Akibatnya, muka kena calit lipstick. Kalau kakak upper calitkan takpe la. Ini tidak, yang calitkan tu budak dari group 6. Hmmm, kawan yang pergi calitkan. Gaya dah macam kucing parsi yang comel je. Heheheh. Budak arus perdana, tengok lain macam je
kami. Hahahaha. Esoknya, muka banyak keluar jerawat. Dah la kulit sensitive
![]() |
Comel bukan? |
Stesen 4 :
Stesen ini dah macam game show Padan Muka je.. Tutup muka
sambil masukkan tangan kat dalam baldi. Kena ambil guli kat dalam baldi. Seram
sehhh. Akak akak junior bukan main menakut nakutkan …… dalam hati “hm tak lawak
langsung nak takutkan orang” … Nak masukkan tangan pun dah teragak-agak je. Dah la mata kena tutup bila masukkan tangan dalam baldi tu rasa macam
benda lembik lembik. Dalam hati rasa macam permainan yang lembik lembik tu.
Dalam pada tu, ada juga kawan group yang menjerit jerit. Hahahahaha. Bila buka
mata, nak tahu ada apa di sebalik baldi? CINCAU….. Hahahahaha. Ada kawan yang
dapat rumput la, cacing la.. Paling best…. Ada yang dapat katak. Siap buat
bunyi lagii
Stesen 5 :
Stesen ini pula ialah kawat kaki. Nasib ada asas kawad kaki
itu tak kekok sangat. Okey, dah tak tahu nak mention apa. Apapun, enjoyzzz.
The end.....
kalau pada pandangan orang Aku, Ecah dengan Cima berjanji pakai pakaian sama warna, corak(songket,, Lain-ii) gaya baju..... tetapi pada pandanagn kami, takda pun berjanji bagai... tup-tup sama.
khamis 2 minggu lepas..... pakai baju sama kaler cuma tone je beza sikit, corak puplum
me : eh, sama
ecah : dah agak,
ahad lepas.... sama kaler. nak apa lagi samaa.......
isnin lepas...... pakai kain plain cuma kaler lain je........
khamis lepas...... tiga-tiga pakai corak songket.... padahal takde pun chat pakai baju yang sama, cuma ecah je la chat boleh pakai ke tak. tapi, tak expect dia pun pakai
ahad (harini)...... ketiga-tiga pakai baju jubah kaler hitam. hmmm
Wassalam, bye
No comments:
Post a Comment
Thanks you for reading and comment