Sedih Ke?

21:57


Assalamualaikum, hii

(hanya gambar hiasan sahaja)

Sebenarnya, aku takde hati nak menaip dekat blog ni tapi entahlah mungkin aku gagahkan juga jari aku menaip qwertyuiopasdfghjklzxcvbn. Nak join giveaway, lagilah krik krik. Tiada masa. Tunggu lepas exam la aku comeback balik join itu ini. Jadi, untuk entri kali ini baca cerita nak diceritakan. Terima kasih ya anda-anda semua kerana sudi membaca karya saya yang tatabahasanya bersepah terutamanya kalau bab bahasa inggeris.


BELAJAR?

Hati sebenarnya nak masuk matrik walaupun dapat. Dah la dapat dekat Melaka, tempat makcik pula tu mengajar. Tapi family decide nak aku masuk form 6(sebab anak boleh diharap dan manja. Susah nak lepaskan) . Sedih bukan. Mungkin Allah sudah aturkan perancangan terbaik  untukku. Cehhh. Serius, tepu kepala otak sebab dah lama tak belajar mathhhh. Sudahnya, form 6 sekolah ini tiada akaun. Ekonomi? yes ada tapi my sis tak syorkan aku ambil. Jadi, kos aku ambil geo dan perniagaan. Macam mana budak akaun boleh tersesat ambil geo. geo pun ada belajar log bagai tau hehe. Kawan sekelas? okeylah. Tapi budak lelaki hanya 5 orang. hm sama masa f5 dulu. 5 orang. Perempuan? ramai yang amat. Ada seorang budak lelaki ini lah asyik pandang aku. Eh salah, pandang kawan sebelah a.k.a budak becok a.k.a good listener. Walaupun kawan yang kena, tapi aku di sebelahnya tak fokus belajar. Asyik pandang belakang. Tapi sekarang ini, dah tak sangat. Allhamdulillah aman. Mungkin dia minat kawan aku kot. Siap berchit chat lagi. Ingatkan f6 ni takdelah kami nak kenakan 'budak lelaki'. Rupanya ada. Kalau tak faham dengan ayat sebelum dan sebelumnya jangan tanya tau.


Kes curi


Sebelum ini ada baca la dekat grup page dekat facebook berkenaan dengan kes mencuri. Kes mencuri barang dekat motor. Nampak macam tak logik, tapi kalau dah kena hm.... Ingat lagi kejadian masa form 4. Masa tu ada pembahagian duit RM 100. So, parent kena datang sekolah la ambil duit tu, Masa tu jugak ada roadblock (nampak tak permainannya). Apa kaitan dengan mencuri ek? Biasalah orang pergi ambil duit sekolah tak pakai helmet, time tu pula ada roadblock. Jadinya, bila tiada helmet dia rentaplah helmet dekat motor orang. Dan helmet tu pula helmet aku. Kiranya, akak yang bawa motor tu pergi sekolah. Aku dekat belakang je. Jadi, bila dah habis waktu sekolah, baliklah kan. Time ini, tak balik sekali dengan parent. Seperti biasa, tunggu la dekat tempat parking tunggu akak keluar kelas. Benda paling mengejutkan adalah hanya 1 helmet. Mana lagi 1? kena curilah. Tahulah helmet tu lawa, berkilat, mahal(hahaha). Pucat gila muka tengok helmet takde. Bila nak balik, aku menangis dekat belakang sambil menyumpah seranah orang yang ambil tu. fgrefrhjfegfiurefjfgwuf. Cuma nak tahu je "siapa" yang mencuri . Haisshh miskin ke apa nak beli helmet. Takde helmet pakailah sabut kelapa tu lainkali. Sebelum tu dalam kelas, dah rasa macam ada benda nak hilang je. Tak sedap hati. Rupanya betul-betul benda hilang. Dan sampai sekarang la, bila tinggal helmet dekat motor  tulah paling aku risau sangat takut hilang . Bukan tu je, barang pun sama. Kalau boleh, angkut je semua yang ada dekat motor tu bawa masuk kedai. Kesah pula, orang pandang lain macam


Sekian 2 cerita yang agak sedih bunyinya. 


Wassalam, bye

You Might Also Like

1 comments

  1. sabar ye..

    untuk sambung belajar tu, awak fikir laa betul2 ye.. :)

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment