Karnival Koko Pra-U (Part 2)

23:01

Assalamualaikum, hi

Part 2

Sukaneka (16.8)

Dah last-ii minit baru nak isi nama nak join. Aktiviti dijalankan masa waktu koko, 1.10pm. Memang muka berbelang. Dekat padang pula tu. Panas terik. Haus. Semua ada. Aktivitinya adalah Masuk air dalam botol. Dulu ada hari keluarga dekat taman perumahan, aku la juaranya. Tapi ni tewas, bayangkan la span dia tak serap sangat air. Beli dekat kedai RM 2 ke apa. Hahaha. Kedua, Boling kelapa, hah sekali je cuba. Tersasar. Ada juga ahli grup yang dapat strike. 2 kali rasanya. Ketiga, baling belon air. Aktiviti ni aku tak join. Sebab hanya 7 orang je join. Dalam group ada 12. Kalau join, tak tahulah memang basah masa balik sekolah. Keempat, cari gula dalam tepung. Dalam banyak-ii aktiviti, aktiviti ni paling aku suka. Sebab muka bertepung! Sampai ada kawan termuntah sebab terkena tepung kat mulut. Ke tertelan. Semua putih gituww. Dan keseluruhannya, bukan kedua yang terbaik. Jadi tak perlu lawan tarik tali. Lebih baik balik. Driver siap berkata "kau sedap-sedap main tepung kat padang, aku tunggu kau dah macam tunggul. Dah la panas" Heheheh

3 orang lagi dah balik. Ni jela yang tinggal



Kawad Kaki (21.8)

Hanya 10 orang daripada 24 orang je yang join. Rasa nak "hchdchehehefhefehfhuef" yang tak join tu. Biasalah lawan waktu petang, panas pula tu. Siapa yang nak pergi kan. Kami yang join ini relaks je. Muka berbelang even dah pakai sunblock. Maaf membebel kejap. Lepastu, ada 1 kelas lagi yang nak join sekali. Sebab kelasnya hanya 5 orang je ada. Jadi, gabung jela. Sebab last masa form 5 berkawad, jadinya step-stepnya ingat-ii lupa. Heheh. Komandernya, ofkos la aisyah. Sebab dia jela yang pernah jadi. Suara dah la kuat, Bila masa practise bukan main nak buat step tu step ini. Bila dah lawan, tak dibuatnya, Apapun, enjoy. 

Panas tu tutup muka, Hahah


Bola Tampar (22.8)

Entah siapa yang pergi letak nama aku dalam senarai nama bola tampar.. Lawak dan sedih pun ada. Nak je "tampar" siapa yang pergi letak nama tu. Maybe tak dapat sembutan, tu yang main letak nama siapa je. Satu kumpulan ada 10. Pemain 6. Jadi, aku hanya pemain bola tampar. Tangan bangku. Kalah. Hahahaha 10-8 je. Bukan jauh mana bezanya. Tahniah, dekat team aisyah sebab dapat masuk final dan dapat tempat-2. Bila aku tak se-geng dengan dia dan ada berkata "kau tak pergi lawan ke" Nak lawan apa kalau lain team.

Teater (23.8)

Tema P. Ramlee. Cerita Labu Labi. Aku jadi "ahli mesyuarat" tingkap. Kalah. Hahahaha. Sorry malas pula nak menaip ni. Mengantuk mata. Sebab kalah? ramai pasukan lawan lagi best dari kami punya kumpulan. Hambar? Maybe no, maybe yes. Apapun. best. Semua dapat beri kerjasama. Ceh. Tq, pengarah, probs, pa sistem. Sanggup stay sekolah sampai petang semata-mata untuk ini semua.

Ayu dan Kacak dan Segak
Classmates


No more Karnival Koko. Yes!!!!! Maybe lepas naik cuti adaa penutupan. No more Part3 okey.

Wassalam, bye


You Might Also Like

2 comments

  1. Banyaknya aktiviti. Happy enjoy semua. hihi. Dah lama GV tak berkawad. Kadang best juga berkawad ramai2x ini. Rasa macam dalam satu pasukan sangat. hihi.

    ReplyDelete
  2. alahai seronoknyaa tingat zaman sekolah pulak =)

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment