(WS): Seramshit. Kisah Betul Ke?

Assalamualaikum, hi


Aku ada buat cerita bergenre seram di wattpad. Aku pun tak tahu macam mana boleh tersesat dalam penulisan dalam genre seram ni. Genre lain pun aku minat mengarang, tapi jenis aku tak suka menaip panjang-panjang.. Sebagai contoh, buat cerita acah acah romantik (padahal tak ada sweet mana pun) tapi unpublish. Malas nak menaip, walaupun imaginasi dah tahap maksimum.

Sebenarnya, cerita seram yang aku karang ni memang KISAH BENAR. Ulang balik, BENAR. Cuma aku ubah dari segi nama watak je. Tapi yang lain benar belaka. Baru karang sampai bab 12. Bab 13 masih dalam draf sebab tidak siap sepenuhnya. Apapun, selamat membaca. Baca pada waktu malam, baru ada feel seramnya. 

Oh ya, bolehlah follow wattpad aku . Bolehla tahu aku jenis suka baca buku apa. kihkih

Tekan link di bawah untuk membacanya :


DariDapurCikHA: Popia Cheese

Assalamualakum, hi

Hampir sebulan tak jenguk blog. Apatah lagi mengepost entry baru. Lappy rosak. Hantar kedai 2 minggu yang lalu, sampai sekarang tiada khabar berita. Takpe, nanti try terjah macam mana keadaannya. Ini guna lappy sis. Sementara dia cuti sem guna dulu untuk buat assignment. Alhamdulillah, ada back up.


Post kali ini berkaitan dengan cikhaziqah masuk dapur dan memasak. Kira memasak la walaupun hanya buat kerepek cikai. Huhuhu. ni kali ke 2 buat Popia Cheese. Serius, bila buat puas hati. Walaupun tak sesedap mana pun. Tapii usaha tu ada kihkih.

Macam mana ada idea nak buat ni? Sebelum tu, ada kawan punya adik dia jual. Jadi, belilah. Sebab nampak sedap je. Teringat satu ayat dekat dalam majalah ujang "Cair di mulut tidak di tangan". Yes, sedap jugak Tapi tak puas. Sebab nak lagi. Nak jimatkan duit, cikziqah mencari resepi dekat google cara-cara nak buat. Dan..... memang senang pun.

Bahannya cuma :-
- Kulit popia
- Gula
- Serbuk cheese

-Potongla kulit popia ini kecik-kecik atau dalam bentuk segitiga. Pakai gunting je, senang. Guna pisau lambat sikit.
-Goreng kulit popia tadi dan jangan sampai hangit tauu.. Dah nampak warna keperangan tu angkat je
-Campurkan serbuk cheese dan gula sehingga sebati.
-Gaulkan kulit popia yang sudah dimasak bersama sama dengan serbuk cheese yang telah dicampur dengan gula/
- Siap
- Boleh makan

Senang bukan. Meh cuba. Sambil tengok tv boleh kudap popia cheese ni. Ditambah lagi, dengan musim hujan ni. Kebabom!!!!

Harini buat dapat 2 balang. Nak berbisnes inshaallah dalam tahun depan ke, Semoga dipermudahkan. Amin

Wassalam,bye