Syawal 2018

23:51

Assalamualaikum, hi 

Sudah lama tak kongsi cerita di blog.. ini sahaja ada masa taip dekat blog.. lepasni, taip assignment pulok! Terima kasih kerana membaca dan masih ingat saya (hihi)






Day 1 :
Sejak lahir sampai 2017, keluarga aku memang beraya berlima. Tetapi tahun ini berempat. Kenapa? Sebab kakak sulung dah kahwin. Jadinya, dia beraya dengan keluarga sana. Mana? Kedah dan Perak. Jauh sangat dengan Johor. Mersing pulak tu!

Orang first raya, berjalan. Aku, duduk rumah. Sebab ada masalah. Tu tak dapat balik kampung. Mak dengan akak je yang pergi. Kampung dekat. Anggaran 3 dengan 4 km.  Petang baru pergi beraya. Itu pun rumah kawan akak. Aku jadi 'mangsa tukang ambil gambar'


Day 2: 
Pergi beraya rumah kawan baik akak. Peranan sama. 'Tukang ambil gambar'. Agak lama juga pergi rumahnya, sebab stuck nak balik. Hujan. Takpa, hujan. Badan pun kenyang

Balik je rumah, tengok banyak kereta. Kereta siapa? Kereta keluarg sebelah abah! Heh ramai gila datang. Rumah kecik., ofcourse la padat. Bising yang amat. Mana tak, adik beradik dah 10 tak termasuk lagi anak anak. Itu yang datang pun sebahagian.

Lepas mereka balik. Ada lagi yang datang. Siapakah? Oh pakcik dari sebelah mak datang dari pontian. Itu sahaja untuk 1 hari.


Day 3 :
Ingat tiada yang datang. Ada juga. Tapi bukan keluarga. Tapi kawan mak dan jiran. Maka, hari itu berlalu dengan begitu pantas.


Day 4: 
Makcik dari Melaka datang. Dalam 2 jam jugaklah then dia pergi rumah makcik lagi 1. Jadi, lepastu memang tiada tetamu dan chat kawan ajak berjalan. Bukan pergi beraya pun.


Day 5:
Ni memang waktu petang berjalan beraya rumah kawan. Dengan lovely partner, Aisyah. 2 rumah je (Aina dan Iwani). Tapi dia punya lama tu macam penduduk tetap rumah. Mana ke tak, bila dah lama tak jumpa, bergosip la kerjanya


Day 6:
Ini pun beraya! Tapi hari keenam lagi advance! 3 buah rumah. Rumah pertama, Anis. Buat open house. Ramai juga la datang. Ada juga jumpa kawan lama. Lain masing-masing. Dekat rumah ni, makan laksa.

Rumah kedua, cikgu bomba!! Itu cikgu kawan aku. Tapi aku kenal isterinya sebab kakak aku. Hahahahaha. Dekat sini, makan rendang ayam. Wuuu sedap!

Rumah ketiga? Rumah kawan. Nama tak boleh mention. Ini pun last minit. Sebenarnya, nak beraya masa hari ke 5, tapi hanya dapat 1 tick je dekat whatsapp. Rushing gila pergi rumah dia. Lagipun jam sudah menunjukkan 6.15 p.m. Petang sangat. Tak pergi dah janji.

Yeay, my eldest sistur sudah pulang ke rumah!!!! Boleh berjalan la gini!!!!


Day 7:
Hari ini hati aku berbagi-bagi. Nak pergi rumah makcik atau pergi open house Aisyah. Buat pula hari yang sama. Jadi, pergi rumah makcik. Lagipun, jarang jumpa plus jauh. Nak berjalan sikit.


Day 8:
Pergi open house lagi! Banyak sangat makan, badan jadi gemuk! Kali ini rumah Hazimah pula. Sebab kawan rapat, memang kerja menambah makannya kerjanya. Hahahaha

Day 11:

Sepanjang musim raya jadi partner, baru berpeluang nak pergi beraya rumahnya! Itu pun selajur pergi rumah dia. Kalau tak, hmm tak beraya la kauu


Okeylah, malas tulis panjang-panjang (padahal memang panjang berjela). 


Wassalam, bye

You Might Also Like

0 comments

Thanks you for reading and comment