Trip : Cameron Highlands, Pahang

21:19

Assalamualaikum dan hai awak !


*Dengan trip ke Cameron Highlands, aku dapat hilangkan ‘murung’ sebab tak dapat pergi Pulau Tinggi walaupun FOC


Trip ini disertai oleh budak kelas dan beberapa orang cikgu. Memandangkan guru kelas aku suka berjalan, maka dibawaklah anak-anak muridnya. Bayar ya!!


15.8.2018
- Pada  9.00 malam kami bertolak dari SMK Sri Mersing ke Cameron Highlands. Kami ikut jalan highway dan tak ikut jalan Muadzam walaupun Johor dengan Pahang tu bersebelahan. Tapi Cameron Highlands, hmm hujung Pahang.  Liat nak sampai anggaran 10 jam.

16.8.2018
- Pada pukul 12 rasanya, sebab masa ni memang dah tidur. Singgah RR mana, aku pun tak tahu sebab aku tak turun . Turun buang hajat. Partner sebelah pun tak turun, sedap landing dekat kepala orang. Itu yang nyenyak (ni pun nak diupdate)
- Aku terjaga dari jam 2.45 pagi sehinggalah singgah dekat RnR Tapah 1 pada pukul 4 pagi. 4 pagi sehingga pukul  7 dekat RnR tu campur solat, bersihkan diri dan makan.  Ya Allah, tahan pula mata aku tak tidur. Dekat RnR tu makan Nasi Goreng bersamaan Air Teh Susu suam. Makan pun kongsi 1 air, 1 nasi dengan kawan sebab risau tak habis. (nak tau rupa Nasi Goreng itu macam mana, follow la ig saya, saya ada update di igstory)
-Pukul 7 pagi bersambunglah perjalanan ke Cameron Highlands.  Dan... pada pukul 9.15 pagi baru sampai ke destinasi yang dituju.



LAVENDER GARDEN
Ini tempat yang pertama kami lawati. Sesiapa yang tidak pernah ke Cameron Highlands sebelum ini macam aku.  Serasa macam jakun sikit. Mana ke tidak, sejuk ooiiii walaupun cuaca panas.  Seriously, pelik pun ada. Feeling dekat Korea gituww. Malas nak tulis panjang, nah saya belanja gambar. Bukan semua ye, yang terpilih sahaja. 
w/ ma second geng . 5/5 compelete . Sanggup order topi sama dekat Shoppe
w/ ma geng . 3/3 compelete . Kalau nak membawang dengan mereka berdua je. Tak boleh lebih !!





Di Lavender Garden ada jual aiskrim. So, beli lah. 1 RM8. Geng ada 4. So kongsi 2-2. Ramainya geng. Kejap lagi saya explain. Why banyak sangat geng

Selain aiskrim, aku beli juga Fridge Magnet 2. Satu di rumah, satu bagi dekat ....... harharhar. Di sini, banyak gila, bunga cantik-cantik. So, kalau korang pergi sini, aku recommend pergi sini. Rasanya yuran hanya RM 10 untuk seorang dewasa. 


KEDAI CACTUS (aku tak tahu nama tempat ni apa, dalam tentatif tiada pula)

Sebenarnya, malas nak turun dari bas. Tapi apa salahnya, bukan selalu pun pergi. Hanya teman kawan sahaja. Nak beli? Haaa nak beli untuk siapakah. My mum bukan suka sangat pun pokok cactus. Tapi... cactus dia lawaaaaaaaaa. First time jumpa cactus yang berwarna-warni. Kalau tak tajam, dah lama baring atas cactus tu. Acah-acah dilwale sikit !! ehehehe




MAKAN STRAWBERI COKLAT (tak ingat nama tempatnya apa. eehehew)


Sebenarnya, sebelum itu nak pergi Big Red Strawberry Farm, tapi semua dah tak larat. Sebab tempat ini tinggi.

So, singgah la sini. ehehe. Mula-mula beli aiskrim Malaysia strawberi. Harganya RM1.50. Rasanya sedap, cuma terlalu manis. Then, ingatkan nak makan dalam bas je. Tapi, takpelah. Cari makanan lain. Kawan suggest beli ini. Satu batang, seorang. Harga RM 5 untuk 3 batang. Seriously, memang sedappp sungguh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



2.30 petang. Kami checkin ke apartment .......... (aku tak jumpa signboard namanya)

Sempat ambil view ini sahaja. Dalam bilik tak sempat

Kesemua apartment ada 5. 1 cikgu, 1 lelaki dan 3 perempuan. Apartment aku ada 8 orang. Satu bilik 2,3,3. Aku sebilik dengan 2 makcik bawang. Nak tahu siapa?? tengok gambar 3/3 diatas. Selesa dan besar apartment ni. Cuma ada kekurangan la. Malas la nak mention sini. Jadi petang sampai malam tiada aktiviti. Petang pergi apartment kawan sebab ada buat yaasin.


17.8.2018

Teh Boh Centre, Sungei Palas

Yess, akhirnya. Pergi ke tempat yang paling ekstrem. Mana ke tidak, dah la tinggi. Jalannya pulak bengkak-bengkok. Dalam bas, semua menjerit "mak!!!!!" Tak berani nak pandang bawah.


Cantiknyaaaaaaa!!!!!!!!!!!



Termenung siapakah itu??


Rombongan Cik Kiah


Dekat sini, kami dapat tengok cara pembuatan Teh Boh. Wangi baunya. Nak ambil gambar, dilarang. Hanya 45 minit sahaja berada dekat sini, serius, memang tak cukup!!! Nak beli Teh Boh pun tak menyempat.


BEE FARM
Lepastu, pergi ke sini untuk membeli belah. Di sini, aku memborong coklat, teh, asam dan madu. Memang makcik yang jual itu pandai ambil hati pelanggan. Buktinya aku pun termakan layanan mesra tu.

TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI
Pada waktu petang, kami menjelajah ke Taman Agroteknologi Mardi. Alaaa, tempat bunga-bunga, buahan. Tak tahu la harga masuk sini, sebab cikgu yang bayarkan. Nah saya belanja gambar sikit

Geng Ayam 4/4 compelted

Sebenarnya dalam kelas aku ada 3 geng. Tapi yang aku betul-betul rapat ada 2 orang sahaja. First : 3/3. Second 4/4. Third 5/5 . Aku tak tahu kenapa banyak sangat geng. Sebab kami jenis open-minded dan tak memilih. Mungkin? Ok. Lupakan

Dekat sini, selfie je la kerjanya. Sampai penuh memory card aku dikerjakan !!


Ok makan lagi aiskrim. Harga RM4. Kongsi 5 orang !!


Dalam hati "Rasa Nak Petik Je Buah Strawberi Dekat Belakang Tu"


PASAR MALAM

Di Cameron Highlands, popular dengan Pasar Malam (.......)? Aku naik pening apabila banyak disajikan benda yang sama. Biasalah. Kalau dekat Johor, pasar malam jual makanan sahaja. Tiada jual cenderamata macam di sini. Crowded juga yerkkk.

Dekat sini lah, baru penuh tangan akuuuuuuuu. Beli macam-macam. Baju, jagung, strawberi, jeruk epal, jem strawberi dan coklat. Sampai cikgu cakap "amboi awak, banyak membelinya"



17.8.2018

Hah! Nak balik :( . Sebenarnya sebelum balik, nak pergi ladang anggur. Tapi sekarang bukan musim anggur. Terpaksa la balik. Balik pun pergi ke Nilai, N9 beli barang dan terus pulang ke Mersing. 9.00 pagi sehingga 11.15 malam. Lama duduk dalam bas. Hurmm



#ini jelah yang dapat dikongsi
#hambar? maafkan. dah lama tak menaip blog. ehehew


Wassalam, bye

You Might Also Like

14 comments

  1. hai...drop by to say hye! follow sini

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/08/puisi-buat-harry.html

    ReplyDelete
  2. Seronok kalau dapat makan ais krim dekat sana. Ais krim Malaysia perisa strawberry memang the best!

    ReplyDelete
  3. Bestnya berjalan. Kat sni strawberry choc does not taste like what it look. haha. masam. :3

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah . Bila dah keluar dari ch tu rasa masam. Perubahan cuaca mungkin. Hehe

      Delete
  4. Seronoknya jalan ramai-ramai macam tu, mesti happening! :)

    ReplyDelete
  5. Nasib dapat singgah tempat best. Aien pergi masa cuti sekolah and masa tu tgh preggy, tak larat dok dalam kereta sebab jammed. end up balik je..T^^

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment