Keputusan STPM 2018

Assalamualaikum, hi


Pada 11 Mac 2019, keputusan STPM keluar. Alhamdulillah keputusan aku peroleh tak dapat dijangka dek akal hahahaha walaupun bukan dekan. Sebenarnya keputusan ini aku dah jangka awal, sebab kena pandai kira la dari ketiga tiga semester. Baiklah aku cerita serba sedikit pasal keputusan STPM aku dari semester 1


Semester 1
Masa ini aku hanya dapat pointer 2.18 je. Masa ini rasa mood nak belajar macam dah tiada. Lagipun, aku nak masuk Matrikulasi. Bukan form 6. Jadinya, pada mulanya memang hmmm la nak belajar. Hmmmm itu la habuan kau dapat. Jadinya, semester ini aku ulang 2 paper. Geografi dengan Pengajian Perniagaan. RM 100 melayang untuk semester ini dan akhirnya aku dapat 2.92 hasil mengulang. 

Semester 2
Semester ini sibuk dengan kerja kursus. Bayangkan nak bahagi masa study dengan kerja kursus itu paling payah. Hahahahaha. Hasilnya aku hanya peroleh 1.75 je. Apa aku belajar semester ini? Susah payah aku menelaah buku siang malam. Tapi apakah daya, ini aku dapat. Semester ini sebenarnya aku mengulang semua paper disebabkan kewangan kurang memberangsangkan aku ulang 3 sahaja. Sudah la masa ini  pergi Cameron Highlands. Aku dah malu minta banyak  duit dengan parents. Hasilnya aku peroleh 2.57 dari RM 150.

Semester 3
Semester ini menimbulkan insaf kepada aku. Alhamdulillah semester ini aku peroleh pointer lebih dari 3. Mungkin semester ini belajar lebih santai dan buat study group bersama kawan. Padahal semester ini lebih susah berbanding sebelum ini. Lagipun kena buat 3 kerja kursus. Dengan banyak salahnya lagi. Salam 3.25 !!

Jadi keseluruhannya, aku memperoleh 3.17. Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Dapat tebus kecewa masa SPM dahulu, Alhamdulillah STPM dapat naik pentas
Paling best, kedua dua kawan baik aku dapat pointer 3 keatas. So, tiada lah terasa hati ke apa
Dialah banyak membantu aku, dan aku banyak juga bantu dia. Merangkap driver pergi dan balik sekolah

ExClassmate 2017/2018. Semua dah ada haluan masing-masing. Tahniah geng



Antara pelajar cemerlang STPM 2018. 15/17 orang je ni ada


Ini merupakan salah satu wishlist aku dah tercapai untuk tahun 2019 selain memperoleh kerja.

Stay tuned untuk post seterusnya, tidak tahu bila ada masa update blog. Sibuk dengan kerja dari jam 8.30 pagi sampai 8 malam.


Waalaikumussalam, bye

BIRTHDAY GIVEAWAY BY YAYAAZURA.COM

Assalamualaikum, hi


KLIK BANNER UNTUK JOIN !



Memandangkan birthday sis Yaya Azura ini, nak ucapkan 

"Selamat ulang tahun pada 3 Februari :) semoga panjang umur dan murah rezeki selalu"


Image result for happy birthday


Waalaikumusalam, bye 

2019 Penuh Tanda Tanya

Assalamualaikum, hai


Baiklah untuk tahun baru ini, kehidupan aku memang sudah berubah 300 darjah. Dari seorang pelajar form 6 kepada seorang 'penganggur' (moga dijauhkan, sudah ini sekarang tengah mohon kerja, harap ada panggilan la). Sudah sebulan terperap dalam rumah. Keluar dengan kawan pun jarang. 

Kadang-kadang orang tak percaya dengan aku ini. 

Sebab apa?

"Kau ini biar betul sudah habis sekolah"

Fizikal aku tak melambangkan umur sebenar aku. Weh, dulu aku jadi perpustakawan orang tidak berani nak ejek aku! Tapi aku nak ambil lesen motor tetapi parents pula tak izinkan. Takut jatuh katanya. Kereta? Tunggu saving banyak sikit.

Apatah lagi kalau nak kerja ini. Ini budak tersesat ke apa. Orang nak interview aku, pun tak percaya. Moga Allah permudahkan la kalau sudah kerja nanti hehe. 

Update blog pun memang jarang la nanti. Tapi rasanya tidak sejarang tahun lepas yang hanya 5 je entry. Itu bergantung kepada keadaan laptop. Bayangkan 3 bulan laptop aku taip ini bila start je skrin jadi warna putih. Esok nak hantar kedai, harini malam dah okey. Pelik. Patut berat je hati nak hantar laptop dekat abang ipar. 

Dalam bulan 2 atau 3 ini inshaallah bakal jadi makcik! Jantina biarlah rahsia. Moga Allah permudahkan perjalanan kakak nanti. Mesti jakun kan. Aku bongsu, jadinya teruja nak jaga budak kecil.

Selang beberapa hari duedate akak bersalin... maka keputusan peperiksaan keluar. Wadefish. Tak nak ambil boleh tak. Sudahnya kawan tahu IC aku. Mampus kalau tak beritahu, dia check. Bukan boleh percaya kan. Moga-moga ada sinar harapan untuk masuk ke Universiti dalam bidang (?) (tuan menaip ini pun sudah konfius). Disebabkan impian nak masuk matrik terkandas (bukan tidak dapat tapi ada masalah keluarga) harap nak masuk universiti tak terkandas la. Maksud penulis, niat nak belajar. Sudah masuk U (UKM (lawatan) & UiTM Palam (hantar sis)) tapi untuk seketika. Ceh.

Rasanya perkara ini sudah dipastien berlaku. Kalau umur panjang. Moga-moga tahun ini tahun "luck" seperti tahun lepas. Sebab banyak kali pergi berjalan. Paling best, cikgu belanja makan dan tengok wayang cerita Paskal di Mall dan beri kain baju kurung. Bukan anak murid kesayangan cikgu tapi usaha yang ada dalam diri ini membuatkan cikgu pun pilih aku. Hm. Saya tidak berlagak.

Tahun baru, baju blog pun nak ganti baru. Tapi aku jenis tak reti main coding-coding bagai. Basic boleh la. Pada sesiapa yang menyediakan servis editing dengan harga yang murah boleh komen di bawah. Terima kasih.


Waalaikumusalam, bye