Keputusan STPM 2018

Assalamualaikum, hi


Pada 11 Mac 2019, keputusan STPM keluar. Alhamdulillah keputusan aku peroleh tak dapat dijangka dek akal hahahaha walaupun bukan dekan. Sebenarnya keputusan ini aku dah jangka awal, sebab kena pandai kira la dari ketiga tiga semester. Baiklah aku cerita serba sedikit pasal keputusan STPM aku dari semester 1


Semester 1
Masa ini aku hanya dapat pointer 2.18 je. Masa ini rasa mood nak belajar macam dah tiada. Lagipun, aku nak masuk Matrikulasi. Bukan form 6. Jadinya, pada mulanya memang hmmm la nak belajar. Hmmmm itu la habuan kau dapat. Jadinya, semester ini aku ulang 2 paper. Geografi dengan Pengajian Perniagaan. RM 100 melayang untuk semester ini dan akhirnya aku dapat 2.92 hasil mengulang. 

Semester 2
Semester ini sibuk dengan kerja kursus. Bayangkan nak bahagi masa study dengan kerja kursus itu paling payah. Hahahahaha. Hasilnya aku hanya peroleh 1.75 je. Apa aku belajar semester ini? Susah payah aku menelaah buku siang malam. Tapi apakah daya, ini aku dapat. Semester ini sebenarnya aku mengulang semua paper disebabkan kewangan kurang memberangsangkan aku ulang 3 sahaja. Sudah la masa ini  pergi Cameron Highlands. Aku dah malu minta banyak  duit dengan parents. Hasilnya aku peroleh 2.57 dari RM 150.

Semester 3
Semester ini menimbulkan insaf kepada aku. Alhamdulillah semester ini aku peroleh pointer lebih dari 3. Mungkin semester ini belajar lebih santai dan buat study group bersama kawan. Padahal semester ini lebih susah berbanding sebelum ini. Lagipun kena buat 3 kerja kursus. Dengan banyak salahnya lagi. Salam 3.25 !!

Jadi keseluruhannya, aku memperoleh 3.17. Alhamdulillah. Terima kasih semua.
Dapat tebus kecewa masa SPM dahulu, Alhamdulillah STPM dapat naik pentas
Paling best, kedua dua kawan baik aku dapat pointer 3 keatas. So, tiada lah terasa hati ke apa
Dialah banyak membantu aku, dan aku banyak juga bantu dia. Merangkap driver pergi dan balik sekolah

ExClassmate 2017/2018. Semua dah ada haluan masing-masing. Tahniah geng



Antara pelajar cemerlang STPM 2018. 15/17 orang je ni ada


Ini merupakan salah satu wishlist aku dah tercapai untuk tahun 2019 selain memperoleh kerja.

Stay tuned untuk post seterusnya, tidak tahu bila ada masa update blog. Sibuk dengan kerja dari jam 8.30 pagi sampai 8 malam.


Waalaikumussalam, bye

1 comment:

  1. Alhamdulillah.. sy punya pointer dulu 2.75 saja hahaha..

    ReplyDelete

Thanks you for reading and comment